Belum Reda Dengan Banjir, 8 Unit Kediaman Flat Sri Johor, Cheras Pula Terbakar

Berita

Belum Reda Dengan Banjir, 8 Unit Kediaman Flat Sri Johor, Cheras Pula Terbakar

Masih belum reda dengan keadaan banjir yang menimpa di beberapa buah negeri di Malaysia, kali ini negara dikejutkan pula dengan sebuah khabar duka apabila rumah di Flat Sri Johor, Cheras dilaporkan terbakar.

Memetik dari artikel Gempak, sebanyak 8 unit kediaman di tingkat 5 Blok 31 Perumahan Awam Sri Johor itu dijilat api yang marak ketika waktu malam dan dipercayai kebocoran gas punca kebakaran terjadi.

Advertisement

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, kebakaran di rumah itu berlaku kira-kira jam 9.20 malam dan difahamkan kebakaran bermula di bahagian tengah blok sebelum merebak di seluruh blok.

Sementara itu, ramai pengguna Twitter juga ada berkongsi beberapa video menunjukkan situasi ketika kebakaran berlaku dan turut berasa simpati dengan keadaan itu, apatah lagi sekarang ini negara sedang menghadapi ujian bencana alam.

Dalam pada masa yang sama, Datuk Seri Ismail Sabri turut menziarahi mangsa kebakaran dan mengumumkan akan memberi bantuan sebanyak RM1000 kepada rumah-rumah yang terlibat dalam kebakaran itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Keadaan Taman Seri Muda
2 years ago

Dengar Suara Orang Minta Tolong, Dipercayai Ramai Mangsa Banjir Terperangkap Di Taman Seri Muda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...