Fenomena nostalgia boyband 90-an nampaknya belum menunjukkan tanda-tanda reda. Selepas kejayaan Gen KRU mencetuskan kegilaan ramai, kini giliran 4U2C pula umum bakal mengadakan konsert, sekaligus menguatkan lagi gelombang comeback era kegemilangan muzik pop tempatan yang terus mencuri perhatian generasi lama dan baru.
Konsert istimewa yang dianjurkan oleh Juss Event bertajuk WE 4U2C itu dijadualkan berlangsung pada 15 September ini di Idea Live Arena, Petaling Jaya bakal mengangkat tema “Bringin’ Back Da 90s Flava”.
Konsert ini bakal menjadi medan untuk para peminat mengimbau zaman kegemilangan muzik era 90-an bersama tujuh anggota asal kumpulan iaitu AC Mizal, Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam.
Isteri beri idea buat konsert
Memetik laporan Xtra, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini berkata, idea konsert ini sebenarnya dicetuskan oleh isterinya iaitu Datin Emylia Rosnaida sebelum direalisasikan menerusi kerjasama dengan penganjur Juss Event Sdn. Bhd.
Dah lama saya impikan konsert ini. Idea asal datang daripada isteri saya dan saya sangat bersyukur apabila Juss Event tampil berikan tawaran yang tepat pada waktunya.
Saya dan ahli kumpulan lain berjanji akan berikan persembahan terbaik sebagai penghargaan kepada para peminat yang hadir.
Selain itu, AC Mizal turut mengakui kejayaan konsert KRU pada Mei yang lalu menjadi pencetus semangat untuk mereka kembali semula ke pentas demi para peminat mereka.
View this post on Instagram
Kami berterima kasih kepada KRU kerana membuka jalan untuk kumpulan era 90-an kembali membuat persembahan berskala besar. Kini, giliran kami pula berkongsi kenangan manis bersama peminat dan keluarga.
Dulu kami tampil berani dengan gaya menyanyi sambil menari dan untuk konsert ini, kami akan terus kekalkan elemen itu.
Bakal persembahkan 3 lagu baru
Berkongsi lanjut, konsert 4U2C ini bakal diketuai oleh komposer terkenal iaitu Aubrey Suwito selaku pengarah muzik, dengan sokongan 14 pemuzik profesional yang berpengalaman luas dalam industri.
4U2C juga akan mempersembahkan tiga single baru yang akan dipentaskan buat pertama kali pada malam konsert.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.