Belum Masanya Lagi Untuk Kembali Bercinta – Tasha Shilla

Hiburan

Belum Masanya Lagi Untuk Kembali Bercinta – Tasha Shilla

Episod putus cinta antara Tasha Shilla dan bekas kekasihnya Hans Wong boleh di katakan penuh drama. Selepas putus cinta juga Tasha tidak pernah lekang daripada kontroversi dan seakan memberontak apabila tampil dengan imej yang lebih seksi dan tidak menghiraukan sebarang kritikan orang ramai terhadapanya.

Walaubagaimanapun, kini Tasha nampaknya sudah mula “matang” sedikit dan menyedari apa yang berlaku kepada beliau baru-baru ini mengajar beliau untuk jadi lebih kuat.

Advertisement

Apa yang berlaku membuatkan saya lebih berhati-hati dalam melalui perjalanan hidup ini. Setiap hari saya belajar menerima ujian dengan hati yang reda dan berfikiran positif.

Tipulah kalau saya katakan tidak kecewa dengan apa yang telah berlaku. Namun kita tidak digalakkan untuk terus kecewa. Saya perlu kuat dan tidak boleh berputus asa. Setiap ujian dari Allah adalah untuk menjadikan saya lebih kuat menghadapi perjalanan hidup ini.

Tasha juga memberitahu buat masa ini beliau masih belum bersedia untuk bercinta semula dan mahu menenangkan fikirannya seketika selepas segala keperitan yang dilaluinya.

Belum masanya lagi untuk kembali bercinta. Saya masih solo. Tidak mahu fikirkan dahulu soal itu. Biarlah saya berehat dan tenangkan fikiran. Memang ada yang mahu mendekati dan saya juga tidak boleh tutup pintu hati selamanya. Cuma belum tiba waktunya sekarang ini.

Cinta ini ibarat racun dan penawar dalam satu masa yang sama, segalanya boleh terjadi dan adalah lebih baik untuk tidak memasuki alam percintaan sekali lagi sekiranya belum bersedia. Takut kali ini kalau jatuh lagi, sakitnya tidak akan tertanggun dan akhirnya ia akan menghancuri diri sendiri.

Sumber Berita: Mangga Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...