Disebalik segala pencapaian yang beliau sudah kecapi sekarang sehingga menjadi idola ramai wanita diluar sana, tidak dinafikan masih ramai yang ingin tahu mengenai kisah peribadi selebriti popular Neelofa.
Ramai yang berkata, Neelofa sudah miliki segalanya tetapi kenapa beliau masih lagi tidak mahu kembali ke alam percintaan ataupun berkahwin. Apa sebenarnya yang Neelofa inginkan? Adakah beliau terlalu memilih?
Jelas Neelofa, kariernya yang semakin memuncak dengan jadual kerja yang padat membuatkan beliau masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab seorang isteri selain ada lagi impiannya yang belum tercapai.
Komitmen sebagai seorang ibu sangat tinggi dan belum sesuai untuk saya yang selalu terbang ke luar negara untuk bekerja. Buat masa ini, impian besar saya adalah untuk menyertai industri fesyen antarabangsa.
Selepas saya dapat capai impian tersebut, saya rasa barulah saya mampu bersedia untuk memikirkan tentang perkahwinan dan komitmen untuk berkeluarga. Bagi saya, bergelar isteri dan ibu ketika saya masih sibuk dan mahu melakukan pelbagai perkara untuk kerjaya dan perniagaan saya adalah satu perkara yang sangat mencabar.
Dalam isu percintaan dan perkahwinan memang tidak boleh terburu-buru kerana ia melibatkan masa depan. Tidak mengapalah, kami pasti ramai sahaja lelaki yang sanggup tunggu Neelofa kan? Heh.

Anonymous
November 6, 2018 at 7:33 am
Haritu jaja cerita nak kahwin jer… bila dah terlepas cakap pulak nak focus kerja. Cakap lah jodoh tak sampai lagi. And ke hulu ke hilir berturban tapi kenapa fans sendiri pun tak pakai turban? Jadi bahan lawak pun ye. You ada chance utk naik kan martabat wanita Muslimah but you blew it.
Anonymous
November 5, 2018 at 10:17 pm
Anak org kaya muslim dan bujang sudah tak ada. Hrpkn politik lama tu bapak2 nya pun dh nk dtgkp sprm.
Maka carilah dn impiknlah impian tu dulu jatuh bangun berpaut d tgn dn dhn sendiri. Sian ko.
Anonymous
November 6, 2018 at 7:36 pm
Ko la gi kesian..dia bkn jenis ko keje nk mengepis harta org
Tasah Sillah
November 5, 2018 at 8:35 pm
Vivy Yusof lekssss je terbang oversea sana sini buat bisnes. Siap anak dah 3 pulak tuuu.
budak masih belajar mnjadi baik
November 5, 2018 at 8:33 pm
good luck to u lofa! tapi.. asenya bila dah tercapai cita2 tu.. masa utk dr sndr pun sudah tiada apatah lg mahu utk berfikir utk anak dan suami.. pada ketika melalui masa2 kemuncak itu, terleka lalu tersedar.. sudah terlewat untuk berfikir tentang berumahtangga.. tp jodoh tu rahsia Allah.. cmana pun ko rase plan ko tu drancang dengan hebat.. Allah itu maha hebat..
Anonymous
November 6, 2018 at 7:43 pm
Apa yg ko merepek nie
Anonymous
November 5, 2018 at 7:52 pm
Banyak komen dari surirumah tangga yang jeles dengan neelofa. Tak pe la akak2 isteri mithali sekalian.. nikmatila suami anda selagi boleh. Dan please let single people be themselves. Cheers!