Penemuan satu virus misteri yang tidak dikenali ini ditemui di sebuah tasik di Brazil baru-baru ini. Saintis memberitahu virus tersebut dinamakan sebagai Yaravirus berdasarkan cerita mitos tempatan tentang seekor duyung yang mengumpan seorang askar ke dalam tasik sehingga mati lemas.
Virus dikenali sebagai Yaravirus itu didapati hampir 90 peratus dari genes tidak pernah ditemui sebelum ini menjadikan penemuan ini sesuatu yang unik. Penemuan virus baru ini pula berlaku dalam masa seluruh dunia masih lagi membendung coronavirus yang tercetus dari Wuhan, yang juga merupakan virus baru.
Yaravirus ditemui oleh saintis di Brazil pada bulan Januari yang lalu semasa mereka secara tidak sengaja berkunjung ke tasik Lake Pampulha, tasik buatan yang terletak di bandar Belo Horizonte.

Imej Yaravirus di dalam microscope
Menurut saintis, berdasarkan carian lebih daripada 8,500 bahan genetik dari seluruh dunia dalam pangkalan data saintifik tidak memberi petunjuk tentang apa-apa virus yang mungkin berkaitan dengan Yaravirus. Tapi buat masa ini, saintis memberitahu virus ini tidak boleh berjangkit pada manusia melainkan melalui tumbuhan amoeba.
Setakat ini, COVID-19 atau coronavirus telah mengakibatkan kematian melebihi 1,000 orang dengan lebih 44,500 pesakit yang dijangkiti. Virus yang tercetus dari Wuhan, China itu mula dikesan pada bulan Disember 2019 yang dikatakan berpunca daripada sebuah pasar basah di wilayah tersebut.
Artikel berkaitan: Penjualan Ular Berbisa Di Pasar Wuhan Punca Sebenar Penyebaran Wabak Coronavirus Di China