Hantaran dimuat naik oleh penyanyi Nabila Razali semalam meraih perhatian selepas dia berkongsi dirinya telah dilamar kekasih hatinya, Nik Iruwan Nik Izani.
Perkongsian itu sekaligus menamatkan tanda tanya ramai peminat selepas dia sebelum ini tidak memberikan komen tentang berita pertunangannya.
Menerusi ruangan komen, ramai rakan-rakan artis dan kenalan rapat serta peminat pelantun lagu Pematah Hati itu mengucapkan tahniah kepadanya dan Nik Iruwan.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, dalam pada ramai gembira untuk Nabila dan tidak sabar menantikan hari bahagianya, sesetengah individu menegur tindakannya dan Nik Iruwan berpegangan tangan.
Ada juga yang rasa kurang senang dengan selebriti berusia 31 tahun itu kerana mengikut budaya Barat dengan melakukan lamaran sebegitu.
Belum kahwin dah pegang pegang ke?