“Belum Kahwin Dah Dukung-Dukung..” Netizen Sekolahkan Janna Nick Gara-Gara Video TikTok

Hiburan

“Belum Kahwin Dah Dukung-Dukung..” Netizen Sekolahkan Janna Nick Gara-Gara Video TikTok

Nama pasangan sensasi yang kini sedang hangat dilamun cinta, Janna Nick dan Dini Azan Schatzmann menjadi tular di media sosial apabila video mereka berdua sedang bermain permainan di aplikasi TikTok telah mendapat perhatian warga maya.

Janna Nick dan DiniSumber : Instagram Janna Nick  

Yang menjadi perhatiannya adalah apabila aksi mereka berdua yang agak mesra iaitu berdukung antara satu sama lain telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan sesetengah netizen.

Advertisement

Rata-rata peminat menganggap aksi pasangan ini sebagai keterlaluan dan kurang sopan terutamanya buat Janna Nick yang bergelar wanita selain beragama Islam.

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Oleh disebabkan itu, ramai pula peminat yang terpanggil untuk memberikan nasihat kepada Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner yang kini berusia 26 tahun itu.

Ketika meninjau ruangan Instagram pelakon drama Misteri Mona itu, Janna turut memuat naik sekeping foto bersama teman lelakinya yang berkacukan Melayu-Switzerland itu untuk tatapan peminat di luar sana.

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Meletakkan kapsyen 2.2.2021 pada foto tersebut, muncul pula andaian dalam kalangan pengikut media sosialnya di mana adakah ianya suatu ‘hint’ tarikh mereka bakal menamatkan zaman bujang? Sama-sama kita nantikan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Janna Nick

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...