“Belum Habis Lagi Tu”, Status Datuk Seri Najib Razak Di FB Buat Ramai Terhibur Di Saat Semua Kalut Dengan Situasi Politik

Trending

“Belum Habis Lagi Tu”, Status Datuk Seri Najib Razak Di FB Buat Ramai Terhibur Di Saat Semua Kalut Dengan Situasi Politik

Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ini memang terkenal dengan perkongsian lawaknya di media sosial sejak beberapa tahun ini. Dalam kegawatan situasi politik kini, beliau tidak terlepas memuatnaik beberapa posting yang boleh dianggap lucu dan menghiburkan rakyat.

Berikutan satu demi satu masalah yang timbul dalam situasi politik kini, saban hari ada saja perkongsian yang dimuatnaik oleh bekas Perdana Menteri ini. Sehinggakan ada yang mengelarnya sebagai ‘bapa troll kebangsaan’ oleh netizen.

Advertisement

“Belum habis lagi tu. Korang tengok ah. Kalah cerita kat Netflix. Saya cari ketenangan dulu. Pape roger.”

Perkongsian terbaru dari Datuk Seri Najib Razak ini ternyata menghiburkan para netizen yang turut sama menantikan apakah sebenarnya yang bakal berlaku pada Malaysia. Meninjau di ruangan komen, rata-rata semuanya memuji beliau sebagai ‘king of troll‘ dalam masa genting seperti ini.

facebook

Selain daripada perkongsian ini, sebelum ini juga beliau ada memuatnaik beberapa perkongsian yang boleh tahan lawak juga!

1. Benci orang macam ni. Ajak lepak tapi asyik main fon. Kan?

2. Tahun 2020 ni dah kenapa? Baru bulan dua wei.

3. Kesian penyokong-penyokong PH.

4. Ko buat video kanak-kanak peluk sambil nangis lagi bagus, Guan Eng.

5. Dia masih atas pagar ke dah turun pagar? Senyap je.

Buat masa ini, semua rakyat Malaysia masih menantikan perkembangan terkini situasi politik di Malaysia. Sebelum ini, tindakan mulia pihak istana menghadiahkan makanan KFC percuma kepada pengamal media yang berkampung di sana mencuri tumpuan netizen. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Lapar Buat Liputan Perkembangan Politik, Istana Negara Beri KFC Kepada Pengamal Media

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...