Sudah tiga tahun putus cinta bersama Fathia Latiff, pelakon kacak Aiman Hakim Ridza tidak pernah terpalit dengan sebarang gosip beliau sedang menjalin hubungan dengan mana-mana perempuan. Peminat tertanya, adakah Aiman masih lagi terluka akibat kisah cinta lalu.
Hidup saya okay saja sekarang. Saya tidak kecewa pun dengan apa yang berlaku cuma malas nak fikir soal cinta ketika ini. Saya dan Fathia masih berkawan tetapi hubungan kami sekadar teman biasa saja. Kami masih berhubung cuma masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.
Dalam pada itu, Aiman enggan memberikan sebarang komen mengenai segala kontroversi yang dikaitkan dengan bekas kekasihnya itu sejak kebelakangan ini. Buat Aiman, beliau tidak mahu mencampuri urusan orang lain apatah lagi ia tidak berkaitan dengan dirinya.
Saya ada dengar beberapa isu dikaitkan dengannya tetapi tidak mahu ambil tahu kerana tiada kaitan. Gosip perkara yang negatif. Saya mahu menerapkan nilai positif dalam diri serta fokus kepada diri dan kerjaya.
Bukan mudah untuk cari teman istimewa, mungkin Aiman lebih selesa untuk bersendiri. Bercinta ini kena ada komitmen juga dan bukannya mudah untuk mencipta kebahagiaan. Apa-apa pun, bagus juga beliau masih berbaik dan berhubungan dengan Fathia meskipun percintaan mereka putus di tengah jalan, tidak ramai yang boleh begitu dengan bekas kekasih mereka.