Polis Selangor menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mendedahkan identiti syarikat kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pengorekan tanah berhampiran lokasi insiden kebakaran paip gas bawah tanah di Putra Heights pada Selasa lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa siasatan masih berjalan dan kejadian itu belum diklasifikasikan sebagai satu jenayah, memetik Sinar Harian.
Apa yang menjadi fokus ketika ini adalah tempat kejadian, bukan mendedahkan siapa terlibat sebab ini lebih kepada siasatan.
Siasatan pun belum klasifikasikan apa-apa jenayah, sebab itu disiasat di bawah Kertas Inkuiri Polis dan polis mempunyai kuasa untuk memanggil individu-individu untuk disiasat bagi mendapatkan keterangan.
Beliau berkata demikian semasa sidang media yang diadakan di Pusat Media Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), Putra Heights, pada Ahad.
Terdahulu, saluran paip gas milik Petronas terbakar pada jam 8.10 pagi, 1 April lalu, menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius.
Kebakaran itu mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.