Jika sebelum ini personaliti TV, Alif Satar hanya mengumumkan tidak dapat beraksi sebagai hos dalam Anugerah MeleTOP 2020 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, kalini penyanyi lagu I Want You To Love Me itu tampil memberikan sebab kenapa dia mengundurkan diri.
Menurut Alif, dia mengakui belum cukup yakin dengan kemampuan dirinya serta berasa kekurangan staminat untuk beraksi pada malam itu.
Dia yang sepatutnya bergandingan dengan Nabil Ahmad serta Jihan sebagai pengacara telah meluahkan hasrat untuk menarik diri di atas alasan-alasan yang dinyatakan itu.
View this post on Instagram
“Selepas berfikir sedalam-dalamnya, saya memaklumkan pada Astro mengenai hasrat untuk tarik diri keraca secara peribadi saya merasakan masih belum cukup stamina untuk bersama-sama pasukan itu dalam AME2020,”
Meskipun berat hati, Alif berkata dia membuat keputusan itu kerana tidak mahu memberi sebarang masalah kepada kru produksi AME2020 terutamanya kepada Jihan dan Nabil yang telah menjalani latihan, bacaan skrip serta perbincangan berkaitan aturcara pada malam itu bersama-sama tanpa kehadirannya.
Hari ini, hos gantian untuk malam anugerah itu telah diumumkan stesen radio ERA pada pagi tadi yang menyaksikan Zizan Razak bakal tampil sebagai pengacara bersama Jihan dan Nabil.
Sumber : Astro Gempak