Syawal hanya tinggal 1 minggu sahaja lagi. Macam mana persiapan raya korang? Kuih raya dah beli? Kereta dah hantar servis? Duit raya dah tukar? Dan paling penting, baju raya dah beli ke belum?
![umma raya](https://s22.postimg.org/qvg23gy75/baru.jpg)
koleksi Raya Down-to-Earth UMMA
Baju raya adalah elemen terpenting di pagi 1 Syawal. Untuk si gadis, ketika inilah anda nak nampak bersinar-sinar, berseri-seri, cantik jelita serta ayu dengan baju raya anda. Untung-untung ada jejaka yang jatuh cinta pandang pertama. Untuk si teruna pula, kekacakan anda pasti akan meningkat 10 kali ganda apabila mengenakan baju raya. Confirm awek-awek akan cair punya. Buat yang sudah berkeluarga, inilah masa untuk anda tampil pakai baju raya sedondon bersama-sama.
![umma raya](https://s22.postimg.org/92z39c6ch/baru2.jpg)
baju raya tahun lepas, tahun nie masih tak beli lagi
Kalau anda belum membeli baju raya, jangan gelabah dan jangan cuak. Walaupun kebanyakan baju raya di shopping kompleks dah habis stok, anda tak perlu menangis kesedihan. Sebabnya koleksi raya dari UMMA ini pasti akan membuatkan anda tampil jelita menawan/kacak handsome di pagi Syawal nanti.
![umma raya](https://s22.postimg.org/4m6qans4h/baru3.jpg)
koleksi Baju Raya Perempuan UMMA
Abang Nara berani jamin korang akan gembira dan tersenyum riang melihat koleksi-koleksi baju raya yang ditawarkan oleh UMMA. Semuanya memang marvelous, gorgeous dan beautiful. Antara yang mencuri perhatian Abang Nara ialah:-
1. HADIYA
Digayakan dengan lengan tangan berunsur full-sleeve, HADIYA merupakan Baju Kurung Moden yang juga mempamerkan drape beralun menutupi bahagian leher dan depan. Abang Nara berani jamin jantung para jejaka yang melihat anda menggayakan HADIYA akan beralun kencang umpama melihat bidadari dari syurga. Amboi!!!
2. TAREQ
Kehenseman anda di pagi Syawal pasti akan lebih terserlah apabila menggayakan Baju Melayu Moden TAREQ yang menggabungkan unsur tradisional dan urban ini. Silap-silap orang ingat anda Maher Zain. Warna emerald green TAREQ ini pasti akan menyejukkan mata awek-awek yang memandang.
3. SHAKIRA
Nak tampil unik dan menarik di pagi raya? Nak jadi centre of attraction bila pergi beraya di rumah saudara mara? Anda hanya perlukan Baju Kurung SHAKIRA yang menggayakan drap diagonal serta mempamerkan unsur potongan multilayer yang bergaya ini. Pasti semua jejaka-jejaka kampung anda tak berkelip mata terpesona dengan keayuan anda bersama SHAKIRA.
4. AALIYAH
Tiada yang lebih mencairkan hati seorang lelaki berbanding melihat seorang gadis Melayu begitu ayu menggayakan baju kurung moden yang simple seperti AALIYAH ini. Mainan corak pada AALIYAH menekankan unsur kenggunan dan keselesaan. Stail simpul-tepi menambahkan unsur feminin pada si pemakainya. Confirm jatuh cinta dibuatnya.
5. AKIL
Cairkan hati para gadis di pagi hari Aidilfitri dengan tampil maskulin bersama rekaan Baju Melayu Moden AKIL yang digayakan dengan cuff keras serta butang baju traditional. Warna hitam memang akan menyerlahkan lagi kelakian dan kejantanan anda. Inilah masa untuk anda menyerlahkan kekacakan anda.
6. TUDUNG GEO-PRINT
Sudah pasti Syawal anda tidak akan lengkap tanpa sepasang tudung baru untuk menyerlahkan lagi kejelitaan dan kecantikan anda. Tudung GEO-PRINT dari UMMA ini memang perfect untuk menambahkan lagi keayuan anda sepanjang Aidilfitri. Diperbuat dari kain chiffon berkualiti premium, anda pasti akan selesa sepanjang hari raya.
P.S: Banyak lagi baju-baju raya dan tudung untuk lelaki serta perempuan di www.umma.my. Semuanya cantik-cantik belaka. Kalau anda masih belum ada baju raya atau terasa nak tambah sehelai dua lagi, UMMA adalah pilihan paling tepat.