Sebelum ini, status hubungan penyanyi Shila Amzah dan pempegaruh terkenal TikTok, Ubai menjadi teka-teki para peminat, lagi-lagi bila penyanyi berkenaan tersasul memanggil jejaka tersebut ‘Yang’ singkatan untuk sayang.
Terbaharu, setelah dihubungi oleh pihak Harian Metro, Ubai mengesahkan bahawa memang mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi terkenal tersebut.
Menurut Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, mereka mula rapat sejak tahun lalu selepas Shila lalui fasa sukar dalam kehidupannya.
View this post on Instagram
Saya sudah mengenali Shila sejak tahun 2011, tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar tahun 2014.
Pada mulanya mereka hanyalah sekadar teman rapat, namun masing-masing tidak sangka hubungan tersebut bertambah akrab dan serius.
Pendedahan yang dibuat oleh Shila mengenai hubungan mereka di live TikTok juga dilakukan secara spontan setelah ‘diasak’ oleh netizen mengenai status hubungan mereka yang sebenar.
Dalam pada itu, Ubai turut berkongsikan masih belum membawa Shila berjumpa dengan keluarga, namun familinya sudah pun mengetahui mengenai hubungan mereka dan menyokong.
Sekadar info, Shila sebelum ini pernah berkahwin selama empat tahun tetapi diceraikan dengan talak satu pada Februari 2022. Hasil perkahwinan tersebut, dia dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais.