Belum Ada Rezeki Untuk Hamil, Jangan Risau Saya Dan Suami Sihat – Sarimah Ibrahim

Hiburan

Belum Ada Rezeki Untuk Hamil, Jangan Risau Saya Dan Suami Sihat – Sarimah Ibrahim

Sarimah Ibrahim, siapa yang tidak kenal  dengan pengacara yang cukup lucu ini. Kalau siapa yang membesar pada tahun 90 an tentu mengenali beliau dengan panggilan mesra Kak Mah.

Advertisement

Masa berlalu begitu pantas, pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah hampir setahun Sarimah bergelar isteri kepada cucu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih dikenali sebagai Tunku Jamie.

Seperti pasangan lain, Sarimah juga tidak terlepas dengan soalan bilakah mereka bakal menimang cahaya mata.

Mengakui beliau sendiri tidak sabar untuk menimang anak, Sarimah bagaimanapun menjelaskan buat masa ini beliau belum mempunyai rezeki untuk hamil.

Memang saya tak sabar untuk menimang anak, suami pun punyai hasrat yang sama. Rasanya semua pasangan yang berumah tangga punyai keinginan yang sama. Jadi, mustahil kami tidak mahukannya.

Pemeriksaan kesihatan pun sudah dibuat dan sama ada saya atau suami, kedua-duanya tiada masalah apa-apa. Cuma belum ada rezeki buat kami pada masa ini. Saya dan suami sudah pun bersedia, tetapi Allah yang merancang segalanya .

Buat masa ini Sarimah tidak akan putus asa berdoa kepada Allah SWT dan menyerahkan segalanya kepada takdir.

Yang boleh kami lakukan hanyalah berserah kepada Allah. Doa telah pun dipanjatkan, selebihnya hanya perlu bersabar menanti detik itu.

Tambah Sarimah, beliau kini sedang menambah ilmu mengenai keibubapaan dan berkongsi hasrat untuk menimang sepasang anak lelaki dan perempuan jika ada rezeki.

Usia 37 tahun bukan penghalang untuk Sarimah hamil, lebih-lebih lagi selepas doktor mengesahkan beliau dan suami tidak mempunyai sebarang masalah. Relaks lah, belum setahun lagi kan? Kata orang masih dalam mood honeymoon lagi..Hehe..

Sumber Berita: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...