December 22nd, 2015

Sudah dua tahun pasangan Izzue Islam serta Awin Nurin mendirikan rumah tangga dan persoalan untuk mereka menimang cahaya mata sering ditanyakan kepada mereka.

Tidak marah apabila didesak dengan soalan sebegitu, Izzue menerusi portal Astro Gempak menganggap beliau dan isteri masih belum ada rezeki untuk mendapatkan anak dan menyerahkan hal berkenaan kepada ketentuan Tuhan.

Belum ada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata. Mungkin pada masa yang akan datang, Insya-Allah.

Dalam perkembangan lain, Izzue dan Nurin baru-baru ini telah berkesempatan untuk bercuti ke Itali bersama peminat  beliau. Buat Izzue, aktiviti berkenaan dapat mendekatkan diri serta menjalin hubungan yang lebih baik dengan individu-individu yang selalu menyokong kerjayanya.

Percutian di Itali sangat menggembirakan. Cuacanya sejuk sekali dan saya begitu seronok melawat tempat bersejarah bersama peminat. Apa yang penting, percutian ini dapat merapatkan ukhwah antara saya dan peminat.

Soal anak ini memang tidak dapat dijangka, apa yang penting teruskan bersabar dan jangan pernah putus asa untuk berusaha serta berdoa agar permintaan itu dikabulkan. Relaks la, baru dua tahun sahaja perkahwinan Izzue dan Awin.

Sumber Berita: Astro Gempak


Comments are closed.

Loading...