Belum Ada Pengganti, Hafreez Adam Akui Lebih Berhati-Hati Dalam Mencari Cinta Baru

Hiburan

Belum Ada Pengganti, Hafreez Adam Akui Lebih Berhati-Hati Dalam Mencari Cinta Baru

Setelah melalui episod putus tunang tempoh hari, pelakon Hafreez Adam mengakui dia kini masih solo dan belum menjumpai pengganti yang baru.

Namun, lain pula buat bekas tunangnya, Zara Zya yang secara terbuka memberitahu umum bahawa dirinya kini sedang mengenali seseorang namun merahsiakan siapa gerangan individu terbabit.

Advertisement

Berbalik kepada Hafreez, semenjak putus tunang pada Januari lalu, dia terlalu sibuk dengan penggambaran drama serta urusan perniagaan yang diusahakannnya kini.

Tambahnya, dia sama sekali tidak serik untuk bercinta namun akan lebih berhati-hati sebelum melangkah ke fasa seterusnya, contohnya fasa pertunangan.

View this post on Instagram

Assalamualaikum? Tengah buat apa tu? ?

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam) on

“Saya tak trauma atau apa untuk bercinta lagi, cuma kali ini saya akan lebih hati-hati dan teliti sebelum membawa hubungan itu lebih jauh. Saya rasa saya perlu mengenali seseorang itu luar dan dalam sebelum melangkah ke peringkat yang lebih serius,”

Mengimbas kembali, Hafreez dan Zara Zya pernah melangsungkan pertunangan pada 12 Oktober tahun lalu namun hanya bertahan selama 3 bulan. Mereka berdua sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Oktober ini namun putus di tengah jalan.

View this post on Instagram

Dinner Char Kuey Teow Abe at @enjoyscorner jom? Area Shah Alam boleh pergi @ns21_cafe . ???. @abeskitchen_byhafreezadam

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam) on

 Hafreez yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran telemovie untuk RTM kini sedang sibuk menguruskan perniagaan restoran DInner Cher Kuey Teow Abe yang terletak di Enjoys Corner Desa Melawati dan Shah Alam.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...