April 9th, 2019

Selepas beberapa tahun putus cinta dengan aktor popular, Fathia Latiff akui, sehingga hari ini beliau masih belum bertemu dengan lelaki yang sesuai dengan dirinya. Katanya lagi, beliau ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik sebelum bergelar isteri.

Fathia harap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buatnya. Dipertemukan dengan lelaki yang boleh menerima beliau seadanya.

Buat masa sekarang ini, saya masih belum ada pasangan atau kekasih. Bukan tak bersedia tapi mahu jadikan diri yang terbaik dulu. Saya harap semua orang boleh doakan juga untuk saya. Harap-harap ada yang sudi menerima saya seadanya.

Tapi saya serahkan pada Allah. Kalau ada jodoh, Insya-Allah mesti ada. Mungkin buat masa ini, orang nak saya fokus pada kerjaya dulu.

Jodoh itu rahsia Allah SWT, pasti satu hari nanti Fathia akan dipertemukan dengan seorang lelaki yang terbaik buat dirinya. Kebahagiaan itu akan datang tetapi jangan mudah putus asa dan terus berdoa kepadaNya.

Sumber Berita : mStar Online


15 responses to “Belum Ada Kekasih, Harap Ada Sudi Terima Saya Seadanya – Fathia Latiff”

  1. Mimi says:

    semuga ada lelaki budiman yg ambil dia jadi isteri..dan didik lah dia jadi isteri solehah.

  2. Anonymous says:

    susah la skrg…lelaki suka wanita freehair. tengok emma…dpt adik menteri. opss.

  3. cintaik says:

    sekiranya taubatnya diterima lebih mulia dari mereka yang kejam dan baik pada pandangan manusia lain..

Loading...