Dah ready nak raya sebulan? Jom tambah Raya Serantau at Gamuda Cove dalam senarai tempat yang WAJIB korang kunjungi.
Kali ni bukan mak ayah je, malah anak-anak pun boleh enjoy sebab ada pelbagai acara menarik yang boleh dilakukan untuk seisi keluarga!
Ada Hidangan Raya Yang Lazat & Sate, Favorite Ni!
Tak puas lagi menikmati juadah raya? Pastikan korang tak terlepas Raya Serantau yang akan diadakan di Gamuda Cove pada 27 April 2024.
Raya Serantau akan menyajikan hidangan raya yang lazat buat pengunjung yang hadir, tapi syarat dia korang kenalah datang Raya Serantau at Gamuda Cove ni dan reserve slot korang. Ada 2 slot, so korang kena pastikan rancang waktu terbaik sebelum pilih slot tau.
Eah Ada Maskot Didi & Friends Anak-Anak Confirm Suka
Sementara ibu bapa sibuk nak makan sate, anak-anak pasti teruja nak jumpa dengan watak maskot animasi popular Didi & Friends.
Lepas tu bolehlah join ‘Meet & Greet’ dimana kanak-kanak boleh mengambil gambar dengan maskot comel ini.
Peraduan Mewarna & Menang Hadiah Menarik
Selain Didi & Friends, terdapat jumpa peraduan mewarna. Hadiah pun boleh tahan menarik. Pastikan bawa anak-anak korang untuk join tau!
Peraduan ni terbuka kepada umum, jadi siapa cepat dia dapat.
Sertai Bengkel Kraf Raya & Serlahkan Kreativiti
Jarang-jarang rumah ada bengkel kraftangan, Raya Serantau at Gamuda Cove korang boleh serlahkan bakat dengan menyertai Bengkel Kraf Raya dan belajar untuk menganyam ketupat, mencanting batik dan membuat magnet tanah liat.
Nak Cuba Kereta EV? Test Drive Tesla Secara Eksklusif
Ramai ke yang minat kereta EV terutamanya Tesla? Pastikan korang join Raya Serantau at Gamuda Cove ni, sebab korang berpeluang untuk pandu uji Tesla secara eksklusif tau!
Nikmati Keindahan Senja Di Gamuda Cove Dengan Belon Udara Panas
Tak sah rasanya event di Gamuda Cove tanpa belon udara panas. Semasa Raya Serantau ni, juga korang boleh ‘terbang’ menikmati keindahan senja dengan belon udara panas.
Syarat dia korang kena daftar dulu (satu pendaftaran untuk 2 orang). Pendaftaran yang berjaya akan mendapat email, pastikan korang alert supaya tak terlepas slot tau!
Jom Raya Serantau at Gamuda Cove dan raikan sebulan Syawal bersama-sama. Maklumat lanjut seperti berikut:
Tarikh: 27 April 2024 (Sabtu)
Lokasi: Gamuda Cove Experience Gallery
Masa: 4.00 petang – 9.00 malam
KLIK SINI UNTUK SERTAI RAYA SERANTAU AT GAMUDA COVE
North Woods Residences Servis Apartmen Terbaru di Kuala Langat
Tunggu dulu… Alang-alang dah ke Raya Serantau at Gamuda Cove ni kami nak bagitau berdekatan dengan area tu nanti, ada satu projek servis apartmen yang akan dilancarkan iaitu North Woods Residences.
Pada korang yang sukakan kehijauan, North Woods Residences ialah lokasi yang boleh dipertimbangkan kerana kawasannya mempunyai pemandangan hutan simpan Kuala Langat yang berkeluasan 1,326 ekar dengan keluasan rumah dari 695 kaki persegi hingga 977 kaki persegi.
Selain berketumpatan rendah, ia berdekatan dengan fasiliti penting seperti hub pendidikan, keperluan asas serta akan ada laluan e-trem yang menghubungkan ke kawasan seperti Townsquare, SplashMania Waterpark dan banyak lagi (dengan jangkaan 2 juta pengunjung setiap tahun).
Klik sini jika berminat dan nak tau lebih lanjut: https://gamudacove.com.my/north-woods/