November 26th, 2014

Pergh~~~ Banyak betul artis-artis lama buat ‘comeback’ sejak kebelakangan ini. Namun kemunculan semula bekas-bekas ahli Elite, Feminin, Msteen, Res2 dan Freshies ini memang membuatkan Abang Nara excited. Mana tidaknya, kalau korang sebaya umur dengan Abang Nara, pasti sampai sekarang masih terbayang-bayang lagi kehebatan tarian kumpulan-kumpulan ini satu ketika dahulu. Kawan-kawan Abang Nara siap ada ‘crush’ lagi. Yang tampal poster kat katil pun ramai jugak.
belle kumpulan
Menggunakan nama BELLE, 6 orang ‘girlband’ yang amat popular pada zaman 90-an yang terlibat dalam projek terbaru ini ialah Sasha Elite, Watie Elite, Watie Res2, Along Feminin, Jaja Msteen dan Ejie Freshies. Walaupun sudah tidak sejelita ketika awal kemunculan dahulu, Abang Nara pasti masih ramai peminat-peminat yang menantikan kemunculan mereka. Ini adalah penerangan Sasha Elite mengenai BELLE:-

Some of you over the last couple of days may have heard of this special project collaboration which includes a line up of past 90s girl bands including Feminin, Res2, Msteen, Freshies & ELITE. This project collaboration which is still in its very early stages seems to have already garnered quite a bit of attention which has pleasantly surprised us. The brainchild of Watie Res2 and Along Feminin, the remaining members including myself and Watie Elite are excited to be part of this fresh new Hiphop Dance/Pop R&B mash-up. Boys and Girls….. Introducing to you #BELLE

belle kumpulan

Daripada komen-komen yang diterima di laman sosial, kebanyakannya menjangkakan kebangkitan semula zaman ‘girlband’ yang pernah melanda Malaysia satu ketika dahulu. Namun seperti biasa ada juga komen bersifat sinis yang menyuruh ahli-ahli BELLE ini supaya duduk di rumah jaga anak sahaja. Itu semua adalah perkara biasa dan ujian yang harus ditempuhi. Tak sabar rasanya nak tunggu lagu mereka. Sama-samalah kita nantikan.

P.S: Pergh.. Gambar kambing pun nampak macho sangat


Comments are closed.

Loading...