Baru-baru ini, aktres Aprena Manrose telah menerima kecaman dari warganet kerana sebuah video yang tular melihatkan pelakon ini seperti menyindir Bella Astillah. Dirinya dikritik gara-gara dianggap tidak sensitif dengan isu tersebut.
Orang ramai kecam
Melalui sebuah video promosi yang dimuat naik di Instagram, Aprena terlihat seolah-olah sedang ditemu bual oleh wartawan. Kenyataan di hujung video berkenaan lah yang meraih perhatian netizen kerana berbaur sindiran kepada situasi Bella kini.
Entah apa masalah dia ni nak menganjing. Terus auto tak suka dia ni. Benda-benda sensitif nak buat content. Agak-agak la makcik oi.
Eleh , Bella tengah viral dia pun nk diviralkan jugak. Tunggu suami kau curang baru drama baru datang lagi, sekarang suka-suka dulu.
Suka suka sangat nak perli orang . Nanti Allah uji benda sama baru tahu.
View this post on Instagram
Hanya video lama
Melihat ruangan komen semakin dibanjiri dengan kecaman, aktres ini tampil memberi penjelasan mengenai video tersebut. Katanya, video berkenaan sudah lama direkod dan tidak ditujukan pada rakan artisnya itu. Ia hanyalah sekadar gurauan dan konten.
Allahuakhbar, sesungguhnya tiada niat untuk memerli atau menganjing sesiapa dalam video ni. Kalian yang berfikiran terlalu negatif dan memandai sendiri nak kaitkan dengan isu semasa.
Tidak mungkin saya nak buat video untuk menyindir kawan baik saya sendiri. Konten ini hanya gurauan semata-mata antara saya dan suami. Jangan sesuka hati semudah itu untuk menghukum.
View this post on Instagram
Terdahulu, orang ramai dikejutkan dengan pendedahan daripada Bella yang berkata suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dikatakan sudah curang 11 kali bersama wanita lain dan sudah tidak mempunyai perasaan terhadapnya.