“Bella Sentiasa Senyum & Sembunyikan Masalah..” – Puteri Sarah Nasihat Bella Berikan Prioriti Pada Anak, Jangan Fikir Orang Lain

Hiburan

“Bella Sentiasa Senyum & Sembunyikan Masalah..” – Puteri Sarah Nasihat Bella Berikan Prioriti Pada Anak, Jangan Fikir Orang Lain

Pelakon popular, Puteri Sarah Liyana menasihatkan sahabatnya, Bella Astillah untuk memikirkan dan berikan fokus sepenuhnya kepada anak-anak yang terpaksa harus berdepan dengan isu rumah tangga yang dialami Bella sekarang.

Anak perlu jadi keutamaan

Menurutnya, anak-anak harus menjadi keutamaan Bella dalam mengambil sebarang keputusan. Tambahnya, rakannya itu tidak perlu mengambil tahu hal lain seperti apa yang bakal dikatakan oleh orang ramai atau persepsi mereka terhadap Bella.

Advertisement

Dia ada anak anak dan fokuskan energi pada mereka.

 

Jangan fikir benda lain sebab semua itu akan menjatuhkan kita.

 

Apabila ada anak-anak, kita memiliki segala-galanya. Itu prioriti kita.

Tidak pernah berkongsi masalah

Pada masa yang sama, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut berkata Bella merupakan seorang yang pemendam dan tidak suka berkongsi cerita tentang apa yang berlaku di sebalik pintu.

Oleh sebab itu, dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga rakannya itu secara terperincil. Namun begitu, Sarah berkata dirinya hanya mampu mendoakan agar Bella diberikan kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup.

Bella sentiasa senyum dan menyembunyikan masalah dia. Dia juga seorang yang happy go lucky dan dia pernah beritahu perlukan semangat daripada saya.

 

Sebagai kawan, saya tahu ada sesuatu tetapi saya tak tanya lebih lanjut. Terpulang pada dia nak cerita atau tidak.

 

Buat masa ini, saya doakan yang terbaik buat Bella san semoga kuat hadapi segala dugaan.

Susulan berita tangkapan khalwat antara pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies, baru-baru ini kedua selebriti ini telah tampil dengan kenyataan rasmi menjelaskan apa yang berlaku. Mereka menafikan ada hubungan istimewa dan kesemua kontroversi itu telah ditokok tambah.

Sekadar info, Bella Astillah telah pun memfailkan kes cerai kepada Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Aliff aziz
8 months ago

“Bukan Saja Rosak Reputasi, Tapi Juga Keluarga” - Selepas Ruhainies, Aliff Aziz Pula Keluarkan Kenyataan Ditangkap Khalwat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...