“Bella Sebenarnya Tak Lah Kuat..” – Anak-Anak Sumber Kekuatan, Bella Astillah Mengakui Tidak Sekuat Seperti Disangka

Hiburan

“Bella Sebenarnya Tak Lah Kuat..” – Anak-Anak Sumber Kekuatan, Bella Astillah Mengakui Tidak Sekuat Seperti Disangka

Baru-baru ini, aktres Bella Astillah mengakui dirinya terpukul dengan kejadian yang berlaku namun cuba untuk kekal tabah dan kuat dalam mengharunginya. Katanya, dia hanyalah seperti manusia biasa yang merasai kesedihan, kekecewaan dan marah ketika berdepan dengan masalah.

Sumber kekuatan anak-anak

Melalui sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Bella berkata salah satu faktor yang membantu dirinya untuk kekal kuat dalam menghadapi dugaan itu adalah anak-anaknya. Menurut pelakon ini, mereka adalah anugerah yang paling berharga dalam hidupnya.

Advertisement

Bella sebenarnya tak lah kuat, cuma kekuatan ini datang sebab anak-anak. Bella syukur ada Ayden dan Ara sebab mereka beri saya kehidupan.

 

Kalau Bella rasa down tak kisahlah sebab masalah mahupun kerja ke, kalau balik tengok muka mereka Bella akan gembira.

 

Ini anugerah yang Allah bagi sebab merekalah peneman hidup Bella.

@hijabistahub.official♬ original sound – HijabistaHub Official

Nasihat untuk wanita

Dalam masa yang sama, isteri kepada pelakon sensasi, Aliff Aziz ini turut mengambil kesempatan untuk memberi nasihat kepada para wanita di luar sana yang berkemungkinan menghadapi situasi yang sama sepertinya.

Keyakinan dan keberanian ini dua yang penting buat wanita di luar sana. Sebenarnya Bella manusia yang tak sempurna ada juga buat kesilapan. Tapi kita sebagai manusia setiap hari cuba nak jadi yang terbaik sebab di masa silam kita mungkin ada yang kita buat tidak baik dan tak sedar.

 

Apapun hidup ini perlu diteruskan dan apa yang berlaku ia pasti akan berlalu.

 

Sentiasa berbuat kebaikan walaupun kita diperlakukan tidak baik. Kalau kita sentiasa mencuba buat yang terbaik kita tak akan ada penyesalan di hujung cerita.

Terdahulu, Bella Astillah telah memfailkan kes cerai terhadap suaminya, Aliff selepas kejadian tangkap khalwat bersama aktres Ruhainies di salah sebuah kondominum pada 9 Mac lalu.

fadzil zahari
1 month ago

"Tenang La Makcik, Dah Macam Bella Pula Kena Tangkap Basah" - Fadzil Zahari 'Perli' Ibu Aliff Aziz?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...