Setelah Afifah Nasir tampil memberikan penjelasan tentang kontroversi yang melanda dirinya, isteri kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astillah telah tampil menerusi Insta Story untuk melahirkan rasa tidak percayanya terhadap cerita yang disampaikan oleh Afifah. Untuk anda yang terlepas perahu, Afifah mendakwa bahawa apa yang dilakukan olehnya bersama Aliff selama ini adalah atas arahan pihak produksi. Malah kekasihnya, Wan Ariff juga turut memaklumkan yang Afifah adalah mangsa keadaan, bukannya benar-benar bercinta dengan Aliff Aziz.
Bella Astillah telah menggunakan platform Insta Storynya untuk memberi penjelasan panjang lebar yang ditujukan khas kepada kekasih Afifah, Wan Ariff dan juga suami Anzalna, Hanif Zaki. Bukti paling penting menurut Bella ialah pengakuan suaminya sendiri iaitu Aliff Aziz yang mengaku bermain cinta dengan Afifah Nasir. Kata Bella:-
Kalau fikir logik akal fikiran. Kita semua termasuk saya bukan lagi kanak-kanak kecil. Kita tak perlu minta izin untuk pegang tangan dan sebagainya. Kita boleh say no, boleh say yes. Lain lah kalau dia letak pistol atas kepala kita.
Kalau betul produksi yang paksa, yang rayu, yang minta tolong ke apa. Dia boleh straight call saya. Bukan diorang takut sebab diorang tak nak masuk campur. Sebenarnya perkara ini tak melibatkan produksi pun. Siapa yang keluar kenyataan ‘kami keluar atas urusan kerja’ Okay…dekat situ dah salah sebenarnya
Ikuti video di bawah untuk penjelasan panjang lebar dari Bella Astillah:-
Sekarang ini, kita hanya perlu menunggu penjelasan dari pihak produksi drama Izinkan Aku Mencintaimu untuk mengetahui pihak mana yang bercakap benar. Buat masa ini, masing-masing dah keluarnya kenyataan sendiri. Jadi kita hanya hadam dan buat kesimpulan sendiri. Nak sokong sesiapa pun boleh, nak buat tak tahu pun boleh. Apa pun, diharap dengan penjelasan dari pihak prduksi kelak, kita akan dapat merungkai misteri kontroversi penuh hangat ini. Sama-sama kita nantikan. Sumber MyNewsHub.