Perkahwinan adalah perkara yang indah, tetapi ia juga penuh dengan ujian yang menduga kesabaran,kesetiaan, cinta dan kasih sayang suami isteri.
Baru-baru ini, peminat dikejutkan dengan tindakan Bella Dally yang memadam foto beliau bersama suami tercinta, Nazim Othman dan foto bulan madu mereka di akaun Instagramnya. Malah, Nazim juga jarang memuat naik foto bersama Bella. Ia sekaligus mencetuskan tanda tanya, adakah rumah tangga mereka sedang bergolak?
Bella ketika dihubungi Kosmo Online tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai berita tentang rumah tangganya itu.
Maaf, saya tidak sihat. Saya tidak ada sebarang komen mengenai isu tersebut.
Walaubagaimanapun Nazim memberitahu hubungan mereka suami isteri tidak mempunyai sebarang masalah dan tidak mahu bercerita lanjut mengenai gosip tersebut.
Untuk pengetahuan semua, hubungan kami baik-baik sahaja. Berkenaan gosip itu, tidak ada apa yang perlu diceritakan lanjut.
Difahamkan, Nazim dan Bella bukanlah pasangan yang mahu menagih publisiti dan lebih selesa untuk tidak mendedahkan kisah peribadi mereka kepada umum.
Kami tahu ramai peminat mereka yang risau dan penuh dengan persoalan tentang rumah tangga mereka. Namun, kita doakan yang baik-baik sahaja dan semoga Nazim dan Bella kekal bahagia.