Ingin menjadi seorang isteri yang memahami kerjaya suaminya, Bella Astillah tidak akan menghalang Aliff Aziz untuk berlakon adegan romantik.
Jelas Bella, beliau tahu akan kebolehan serta bakat Aliff dan tidak akan menyekat kebebasan suaminya itu dalam kerjaya lakonan beliau. Malah, sebelum ini Bella banyak memberikan nasihat dan sokongan untuk Aliff melakukan lebih lagi dalam babak romantik ketika berlakon.
Saya memahami kerjaya Aliff. Saya tiada halangan dan tidak akan meletakkan batas untuk Aliff berlakon dengan aktres wanita lain. Dia sangat berbakat dan tiada sebab untuk saya sekat.
Kadang-kadang, jika ada satu babak romantik, saya yang membantu Aliff dan memberikan nasihat agar dia buat dengan lebih lagi. Saya faham itu semua hanyalah lakonan yang menjadi sebahagian kerjaya Aliff.
Pada masa yang sama, Aliff meluahkan rasa syukur kerana beliau mempunyai seorang isteri yang cukup memahami kerjayanya itu.
Bella sangat memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon dan penyanyi. Dia memberikan saya kata-kata ransangan dan menjadi penyokong utama saya. Kerjaya saya selepas berkahwin berjalan seperti biasa.
Bagus kalau dapat isteri yang memahami dan sentiasa menyokong karier suaminya. Iyalah, kadang-kadang orang lelaki ini tidak suka dikongkong. Tak gitu? Harapnya pasangan ini kekal bahagia sehingga akhir hayat. Layarilah bahtera rumah tangga dengan penuh kesabaran, cinta, kasih sayang serta tolak ansur.