Pelakon Bella Astillah ada meluahkan hasrat untuk berlakon sebagai perampas atau ‘penyondol’ dalam sesebuah naskah lakonan.
Ujar Bella yang ditemui Utusan, dia bersikap terbuka kerana setiap watak yang diberikan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran untuk menjadi lebih bagus dalam bidang lakonan.
Teringin juga cuba, kalau ada saya terima sebab realiti kehidupan memang sudah ada penyondol.
Saya okay saja sebab hendak tahu juga apa yang mereka (penyondol) rasa? Seronok ke? Bukankah hidup akan menjadi tidak tenang, rasa takut.
Tidak risau dirinya dibenci gara-gara membawa watak itu, Bella merasakan itu adalah tanda pembawaan watak yang cemerlang dan berjaya dalam drama.
Bella juga memaklumkan bahawa dia akan meminta nasihat dan pandangan suami, Aliff Aziz jika menerima sebarang tawaran lakonan.
Terdahulu, rumah tangga Bella dan suami sekali lagi tergugat apabila Aliff dikatakan terjebak dengan cinta lokasi bersama aktres jelita, Sophia AlBarakbah ketika digandingkan bersama dalam drama rantaian, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.