Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan bahawa beliau tidak mempunyai masalah untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas pasangannya jika menerima jemputan secara baik, terutama jika hubungan dengan ahli keluarga bekas pasangan itu masih terjalin dengan baik.
Menurut Bella, soal jemputan ke majlis perkahwinan adalah perkara yang harus dilihat dari sudut niat.
Sebenarnya bila kata fasal jemputan ini kan dan orang pun akan mendirikan rumah tangga.
As long as niat kita baik dan niat dia pun baik untuk menjemput… sebab itu pentingnya silaturahim.
Kalaulah Bella dengan ahli keluarga dia masih baik, pada Bella, apa salahnya.
Katanya lagi, beliau sudah move on dan tidak melihat sebarang masalah untuk meraikan kebahagiaan bekas pasangan jika semuanya dilakukan dengan cara yang betul.
Sebab kita nak meraikan dan kita sudah move on. Jadi tak salah.
Bella berkongsi perkara itu sebagai jawapan kepada soalan penyampai radio ERA FM, Radin, yang bertanyakan sama ada dia sanggup hadir ke majlis perkahwinan bekas pasangan atau tidak.
Namun, Bella menegaskan satu perkara penting undangan mestilah datang daripada keluarga, bukan sekadar daripada bekas pasangan sahaja.
Tapi kalau hanya dia saja jemput, bukan ahli keluarga dia yang menjemput, Bella rasa tiada keperluan kot.
Kenyataan Bella mendapat pelbagai reaksi positif daripada peminat yang memuji kematangannya dalam mengurus hubungan selepas perpisahan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
