Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, mengakui tidak mengetahui mengenai hantaran hari lahir yang dimuat naik oleh ibu mentuanya, Siti Hafiza Basharahil, yang ditujukan khas buat dua orang cucunya, Ayden Adrean dan Ara Adreana.
Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Astillah, 31, beliau hanya menyedari tentang hantaran tersebut selepas diberitahu oleh orang ramai.
Saya tak perasan posting itu, tapi nampaklah ada orang bercakap-cakap. Saya hanya minta doakan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-44 jenama Solar Time di IOI Mall, Putrajaya, Khamis lalu.
Ketika ditanya tentang dakwaan yang mengatakan dirinya tidak membenarkan keluarga bekas suaminya, Aliff Aziz, bertemu dengan anak-anak mereka, Bella memilih untuk tidak memberi sebarang ulasan lanjut.
Saya tidak berkesempatan untuk tanya mama, mungkin ada. Kalau saya cakap iya pun takut salah, kalau cakap tak pun takut salah juga.
Saya tak berani nak komen tentang perkara itu. Saya hanya minta peminat yang ambil berat tentang anak-anak saya, doakan yang terbaik untuk keluarga saya.
Terdahulu, ibu kepada Aliff Aziz, Siti Hafiza atau lebih mesra dikenali sebagai Umi Wan, memuat naik ucapan hari lahir menyentuh hati buat cucu-cucunya di media sosial. Dalam catatannya, beliau meluahkan rasa syukur atas pertambahan usia mereka serta menitipkan doa agar Ayden dan Ara membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta solehah.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi warganet yang bersimpati dan berharap agar hubungan kekeluargaan antara dua belah pihak dapat diperbaiki demi masa depan anak-anak kecil itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.