Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meraih perhatian selepas dia meluahkan rasa simpat serti memberi nasihat berhubung kes rumah tangga yang semakin berleluasa di media sosial.
Menerusi siaran langsung di TikTok bersama rakan, penyanyi berasal dari Sabah itu menekankan bahawa kejujuran adalah sikap yang sangat penting dalam sesebuah perhubungan.
Sebenarnya sangat sedih dan kita simpati. Kita hanya mendoakan kehidupan masing-masing. Curang adalah pilihan bukan takdir.
Kalau kita ada pasangan, jangan lah buat sesuatu yang tak baik itu secara senyap. Bagitahu saja pada pasangan kalau dah tak boleh nak teruskan hubungan itu. Lebih baik jujur.
@red.butterfly17 Baik jujur je kan…drpd nak CURANG..kne sembunyi2…🙄 ..betul la apa bella & aus katakan tu.. @Bella Astillah #Bass #bellaastillah #syedsaddiq #aus #fypシ゚ ♬ original sound – Red Butterfly 🦋
Ramai netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan Bella dan netizen juga gembira melihat dirinya yang sekarang semakin bahagia.
Peminat juga turut mendoakan agar Bella dapat jumpa kebahagiaan semula selepas gagal dalam rumah tangga yang pertama.