“Bella Astillah Pun Pakai Baju Kami” – FiziWoo Nafi Dakwaan Netizen Mengenai Isu ‘Bestfriend’ Dengan Ruhainies Dan Aliff Aziz

Kehidupan

“Bella Astillah Pun Pakai Baju Kami” – FiziWoo Nafi Dakwaan Netizen Mengenai Isu ‘Bestfriend’ Dengan Ruhainies Dan Aliff Aziz

Pereka fesyen tempatan, FiziWoo memaklumkan tindakan menampilkan Aliff Aziz dalam akaun Instagram mereka hanyalah sebagai tanda penghargaan di antara pihak mereka dengan pembeli setia jenama fesyen itu.

Kata Hafizi Woo, Aliff yang juga kenalannya sering membuat tempahan baju untuk persembahan dan penggambaran.

Advertisement

Aliff Aziz memang klien kami, dia selalu membeli baju daripada kami seperti baju raya.

Malah sebelum kontroversi antara dia dan Ruhainies lagi mereka berdua adalah rakan saya, jadi sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk beli mahupun pinjam baju daripada kami terutamanya penggambaran.

Maklum pereka fesyen itu lagi, dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Aliff adalah muka utama jenama mereka adalah tidak benar.

Dia bukan duta atau muse sebaliknya ia adalah hubungan jual beli antara pelanggan dan penjual. Jadi kami sangat profesional .

Bagi saya, soal sengaja nak menumpang atau nak sensasikan keadaan, tidak. Semua selebriti pakai baju FiziWoo termasuklah Bella Astillah.

Terdahulu, netizen meluahkan rasa tidak puas hati apabila Aliff Aziz muncul di Instagram FiziWoo seolah-olah seperti menjadi duta jenama fesyen terkenal itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aliff Aziz fizi woo
3 months ago

Tak Kena Boikot, Aliff Aziz Tampil Segak Menggayakan Satu Jenama Fesyen Tempatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...