Bella Astillah Nafi Gunakan Konten Anak Untuk Raih Simpati – “Saya Tak Tahu Bila Saya Jual Konten Sedih, Saya Rasa…”

Hiburan

Bella Astillah Nafi Gunakan Konten Anak Untuk Raih Simpati – “Saya Tak Tahu Bila Saya Jual Konten Sedih, Saya Rasa…”

Pelakon, Bella Astillah tampil bersuara mengenai dakwaan beberapa individu yang mendakwa dirinya sentiasa menjaja kisah sedih di media sosial untuk meraih perhatian ramai.

Memetik dari OhBulan!, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah menafikan dakwaan tersebut sebaliknya akui dirinya kini bahagia bersama anak-anak dan keluarga.

Advertisement

Bella Astillah

Saya tak tahu bila saya dikatakan jual konten sedih, saya rasa tak ada. Mungkin kalau hal anak-anak, biasalah kadang-kadang kita rindu jadi ia bukan pasal cerita sedih.

 

Buat masa ini, saya gembira dengan anak-anak dan keluarga. Alhamdulillah, kehidupan saya semakin baik.

Pelakon itu turut menafikan tuduhan sering menjual konten mengenai anak-anaknya iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna bagi tujuan untuk meraih simpati.

Bella Astillah

Sebaliknya, dia menjelaskan dia hanya berkongsi semula konten bersama anak-anak yang dirakam oleh individu lain ketika penggambaran.

Saya tak jual konten anak sebab mereka sentiasa ada dengan saya. Ada juga momen belakang tabir yang dirakam orang lain, saya hanya kongsikan semula je di media sosial.

Walau bagaimanapun, pelakon itu akui bahawa dia mengambil positif akan segala komen yang diterima sebagai pengajaran dan ruang untuk dirinya memperbaiki diri agar menjadi individu yang lebih baik.

vokal bella astillah dah semakin baik
3 weeks ago

Persembahan Bella Astillah Di Konsert Sumandak Stars Dipuji Netizen - "Vokal Dia Dah Okay Lah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...