Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia selepas menerima kecaman hebat susulan dakwaan mempromosikan jenama yang dikaitkan dalam senarai boikot.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, berkata dia tidak menyalahkan rakyat Malaysia kerana memahami perasaan marah dan kecewa terhadap kekejaman rejim Israel ketika ini.
Saya faham macam mana rakyat Malaysia marah. Saya tak salahkan mereka 100 peratus. Kalau saya berada di tempat mereka, mungkin saya juga akan lakukan perkara yang sama.
Sebagai manusia biasa, saya mohon maaf. Mungkin saya ada banyak kekurangan dan salah silap. Saya akan sentiasa memperbaiki diri.
Dalam masa sama, Bella turut menjelaskan bahawa dirinya turut terkesan dengan apa yang berlaku di Gaza kerana mengenali beberapa aktivis kemanusiaan yang kini berada di barisan hadapan misi Global Sumud Flotilla (GSF).
Menjelaskan lebih lanjut, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata semua kerja promosi jenama dilakukan oleh pihak pengurusannya, namun dia sudah mengambil langkah menangguhkan sebarang hantaran buat sementara waktu.
Memang pihak pengurusan saya yang aturkan. Tetapi saya sudah pun berbincang dengan mereka untuk menangguhkan hantaran dalam media sosial buat sementara waktu dan mereka faham.
Dalam masa sama, Bella menegaskan dia sentiasa menunjukkan solidariti terhadap Palestin menerusi perkongsian di media sosial dan berharap masyarakat memahami bahawa setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam membantu perjuangan tersebut.
Biarpun saya terikat dengan kontrak, tetapi saya masih teruskan menyebar kesedaran tentang Palestin. Saya harap satu hari nanti kita semua dapat menolong mereka sepenuhnya.
Terdahulu, nama Bella Astillah dan beberapa selebriti tanah air menjadi bualan netizen selepas didakwa masih aktif mempromosikan jenama yang berada dalam senarai boikot.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.