Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mendedahkan buat pertama kali terpaksa melanggar ‘call time’ demi memenuhi permintaan anak sulungnya, Ayden Adrean, untuk menghantarnya ke sekolah.
Menurut Bella, 32, insiden itu berlaku ketika dia terlibat dengan penggambaran muzik video lagu raya bersama Fipper di Janda Baik, Pahang.
“Ketika penggambaran muzik video lagu raya bersama Fippers di Janda Baik, Pahang baru-baru ini, saya lambat selama dua jam.”
“Memang terpaksa lambat. Pertama kalinya, Ayden hubungi saya pada hari sebelum dan bertanya sama ‘mummy apa perancangan awak esok?’”
“‘Kemudian saya jawab ada penggambaran muzik video tetapi dia minta saya hantar ke sekolah sebab katanya sudah lama tidak melakukan perkara tersebut,’” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu rayanya berjudul Ya Raya.
Bella mengakui tersentuh dengan permintaan anaknya yang baru berusia sembilan tahun itu kerana menyedari sudah lama tidak menghantarnya ke sekolah disebabkan komitmen kerja yang padat.
“Bella menangis dan rasa kasihan sangat dengan Ayden sebelum minta izin dengan pihak Fipper untuk datang lambat. Terima kasih kepada Fipper sebab faham situasi tersebut.”
“Saya hantar bukan hanya di depan sekolah tetapi sampai ke kelas. Satu momen yang tak akan dilupakan sebab memang dia tiba-tiba minta.”
“Dari momen tersebut, saya tersedar yang jadual kerja terlalu sibuk sebab ‘call time’ selalunya pada waktu pagi sehingga jarang hantarnya ke sekolah,” jelasnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah..
