Written by Bella | February 28th, 2019

Susulan kontroversi rumah tangga Aliff Azizi, pelakon Oktovia Manrose akhirnya mengakui kesilapan beliau dan sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella Astillah menerusi akaun Instagramnya semalam.

Bagaimanapun, Bella menyifatkan Oktovia sebegitu mudah memohon maaf melalui media sosial sahaja. Wanita itu sepatutnya lebih sensitif kerana pernah berkahwin dan memiliki anak.

Permohonan maaf itu ditulis di IG Story. Apa boleh dikatakan, saya tahu kesalahan mereka. Dan apa yang saya muat naik di IG semalam cukup kuat untuk mendedahkan perlakuan mereka di belakang saya. Macam Via (Oktovia), dia patut faham perasaan saya sebab pernah berkahwin dan ada anak.

Saya ramai juga kawan perempuan yang bermasalah dengan suami, tapi tidak sampai tahap mahu berjumpa lelaki lain. Apa mereka buat adalah jumpa kawan perempuan dan kongsi.

Kata Bella, beliau sudah pun berjumpa dengan suaminya itu bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan pada masa yang sama sudah menunjukkan bukti rakaman video yang dikirimkan kepadanya. Tiada apa lagi yang Aliff boleh katakan selain meminta maaf kerana terbukti beliau curang.

Saya mahu berjumpa mereka berdua. Tetapi, Via menolak. Jadi, saya hanya jumpa Aliff. Pada mulanya, dia masih ingin menegakkan benang basah dan menafikan semua dakwaan saya. Namun, selepas saya menunjukkan bukti video itu, dia terdiam. Dia tidak tahu mahu cakap apa lagi selain minta maaf. Dia mengaku bersalah dan sedar perbuatannya itu salah.

Namun, mereka berdua tidak berbincang mengenai masa depan perkahwinan yang sudah dibina selama tiga tahun itu. Sejujurnya, setiap kelukaan yang dirasakan membuatkan Bella tawar hati dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT.

Bella juga tidak pasti sama ada beliau boleh memaafkan suaminya itu selepas  Aliff sekali lagi mengkhianati kepercayaan dan peluang diberikan.

Sumber Berita : Harian Metro

63 responses to Bella Astillah Mahu Bersemuka Dengan Oktovia Manrose

  1. Doula Cikebum says:

    Takyah la jumpa octopus tu. Go live ur live. U ada rupa. Banyak yg lebih bagus dari aliff tu. Kalo still jugak nak …. i have no say. Be prepare for the 3rd wave. Daaaa …

    31

    0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      tak payah la u nak jumpa si sotong tu bella buang masa aje..u maseh nak maafkn laki u si aliff tu ke ? untok masa depan u lebih baik jangan cukup lah dua kali dia buat u macmgitu mesti ada yg ketiga kali nanti so let him go from idup u jangan buang masa ngan jantan cngini

      4

      1
      • Anonymous says:

        Betul.. Cukup2lah Belah oiii.. masalah rmhtangga ko selesaikan dgn baik. Tak.perlu d luahkan dlm mana2 media sosial..senstive isu kekeluargaan ni. Jagalah aib suamimu.. ALLAH akan jaga aib kita..wallahualam.. Admin pun.. buatklah berita kebajikan skit.. cukup2 lah tu..

        -1

        0
      • Aku Dah Mula Rimas says:

        Bella ni pun drama kuat jugak ni.. boleh ambik crown dri kak Abby Abadi dan Rita. Besok drp org simpati terus meluat sis oiii.
        Baik ko senyap, solat ke atau berzikir dan kalu ko nk tanggung lgi biawak hidup tu utk kali ke 3 ko luah je dekat kounselor rumahtangga.

        15

        2
        • Linda says:

          Haha ye… Hal rumahtangga kenapa suka bawa ke umum eh? Kan baik jaga aib pasangan, settle baik2 belakang pihak berita. Makin menjadi-jadi cerita kluar. Tidak sokong mana2, cuma rasa tak patut la guna media. Kan baik settle dulu secara peribadi. Akhirnya dia ni nmpk bodoh nk simpan laki looser ni buatpe lagi??

          4

          4
        • Adakah? says:

          Ternyata Bella ni xberape cerdik. Skandal ni mcm rekaan pun ada gak atau nk sekadar komplot reka2 nk naikn rating drama laki mu? Mcm nmpk sgt mcm nk viral kan beriya-rita pastu laki pulak senyap. Sesuatu sgt!!!

          3

          9
        • Miss Little C*nt says:

          Mcm x logik je skandal ni gais..

          1. Bella dpt mana video2 yg kononnya dia nk viral tu?
          2. Apasal slepas 9 hari baru ko bising laki xbalik?
          3. Apasal laki ko x balik tidur mana?
          4. Kenapa ko nk jumpa Oktavia bukan laki ko.. kata lama x balik?
          5. Kenapa ko mcm x serik?

          3

          18
        • minah jambu say NO to drugs says:

          kalau tak di sebar kan orang tkan tau yg aliff dengan ini pompan gi club..bukan nak aib kan laki dia..dh tentu laki dia tu artis..bella ni dia tknk la senyum dlm tangisan idup berpendam ngan airmata makan hati ..kalau tknk bini bukak mulot laki jangan prangai keluar gi club ngan betina lain fahamm…semua bini artis pon tak akan terima kalau laki dorang prangai cngitu gi club dengan suka suka aje ..kalau shuting drama tkpe la ada director crew crew ni laki dia buat drama sendiri ngan sotong sape tak marah !! tkan asek nak cover laki tu baik aje tapi sebalek nye padahal padahal padahal..

          9

          0
        • Anonymous says:

          bella ni boleh jd pelakon..takde ke sesape nak amek dia berlakon?

          2

          1
        • Anonymous says:

          Biasanya kalau nak jumpa dua2 ke nak tanya confirm benda ke, tanda2 nak memperbaiki hubungan. Jadi, takya la jumpa sebab takya la baiki hbungan tu lagi. Hahaha

          2

          0
        • Anonymous says:

          Aku plg benci, bila kita nak putus dan tekad nak putus dgn sseorg, beberapa hari slps tu dah x boleh plk dan nak jgk. kiwak tul.

          1

          0
      • Anonymous says:

        Masalah rumah tangga pun nk kecoh kt media.. Bini apa gini..
        Nak becerai ke.. nak berdamai ke..?Beranak lagi ke tu masalah korg.. Xpyh nk myemakkan otak kami nk mikir. Senyap lah bukan baru pertama kali.

        4

        8
        • Bellon Astillahaiiii says:

          Bella ni pun attention seeker la. Sesuai la dpt Alip tu.. Saya call tv3 tadi untuk siarkan berita ini tapi mereka kata akan dipertimbangkan dalam slot berita sukan acara tarik tali. K bye!

          5

          8
      • Anonymous says:

        nmpk mcm urban dan independent girl tpi bengong gak si bella ni. nak simpati pun xberape nk boleh!

        7

        4
        • Anonymous says:

          Ala ramai yg kecam bella ni attention seeker lah, bukak aib dkt socmed la. padahal diri sendiri tu pon kalau ada masalah, up jugak status sedih duka lara dkt socmed. bila org lain buat, korang nampak. bila diri sendiri buat, boleh pulak? tak payah nak judge sgt lah apa bella buat dgn socmed dia. better korang jaga diri sendiri.

          15

          1
    • Anonymous says:

      Bersyukurlah akak2 ye yg pakai baju kelawar atau kain batik jawa dengan tshirt I Love Langlawi laki balik gak rumah. Ni dah 9 hari tak jenguk bini. Bini pun pening nk kata masok era 30an rasanya belom lagi acik Bella ni..

      14

      0
      • Anonymous says:

        Hurm baru 25 kut rasanye. Tengok perangai dan cara membawang pun tahu x matured. Habis nak suruh org ramai buat apa? suami dia..kalau suka lagi…settle lah diam2. kalau dah tak suka pegilah mahkamah syariah jumpa kadi. Bising2 buat malu!

        10

        2
    • Anonymous says:

      Aku dah mula sangsi nk naikkan drama ke ni? Nak kasi drama laki ko panas ke ni? Apasal nk jumpe. ko xreti nk belah atau cari makamah syariah ke? Entah2 rekaan je ..

      2

      3
    • aku says:

      tak paham la aku. seorang ister yang dicurangi takkan suka2 aih nak pi jumpa perampas laki dia. patut pompuan tu yg mai mintak maaf kat dia. buat perjumpaan tertutup sudah…xyah media2 ni semua. jumpa 4 mata setel elok2..kot la dia minta maaf. pastu hak hang la bella nak maafkan depa ka tak .

      yg hang dok kecoh2 ni awatnya? ka hang saja ja create semua ni semata2 nak tolong promo drama laki hang. dah curang sampai 2 x..terang plak tu..kalau lepas ni hang tak cerai jgk..sah la hang ni propa nak promo drama laki ja.

      hang kena ingat bella, kami netizen ni tak mudah kena tipu utk kali kedua. elok2 org simpati jd benci. kalau kantoi hang sekadar propa…hang tunggu la tuhan bg betoi2 umah tangga hang tak lama. rezeki si alip tu pon bungkus. jd mcm atikah suhaimi last2 balik singapore jual insuran. benda nie bukan blh main2 tau. hang dgn laki hang mintak sgt…last2 tuham kabulkan baru ada akai.

      0

      0
    • baru ku tau.... says:

      ibu tunggal rupanya si oktopus.

      3

      0
  2. Anonymous says:

    Aliff ni tak cukup yg halal mau juga yg haram dan janda ada anak dulu dah cuba yg blm nikah … sama seperti ude wahid dan ashraf muslim… main perempuam yg haram di belakang bini

    5

    11
  3. minah jambu say NO to drugs says:

    buat lagi minta maaf buat lagi minta maaf lagi bila nak cerai ni asek minta maaf aje..

    6

    1
    • Anonymous says:

      Aku tengah tunggu press conference je ni. “Semua manusia lakukan kesilapan”. Bermaaf2an. And bape bulan lagi ulang benda yg sama… mmg Bella ni pun nk kena makan penampar…

      10

      0
  4. abcd1233 says:

    Bukan nk ckp apa. Bukak aib ru mmg bukak aib lah. But seriously alif & pompuan tu ask for it lah. Dua2 tu dah tau dia tu suami & ayah, Dua2 tu tau lagi sekor tu seorang ibu tunggal. Pi pulak clubbing, curang. What does it say about them? Bagai pinang dibelah dua lah! What does it say about them as a father (alif) and mother (Oct)? Tak sedar diri betul. Kalau aku jadi bella, garage sale kan jer si alif tu kat oct. Lagi cepat berambus lagi bagus!

    11

    0
  5. Wekkkkkkk says:

    Saya dh ckp awal2 di komen yg lpas…tak perlu jumpa. Ko x slh..ko nk jumpa ye. Dia yg slh..ptut jumpa ko minta maaf mcm filem ibu mertuaku. Bergolek2 minta maaf. Lmbut hti sgtlh ko ni bella. Mna maruah ko.

    3

    0
  6. Apo.... says:

    Percaya x end of the day xjadi bercerai. kononnya kesian pada anak. What the hell. Ko dah kena nasi kangkang aliff ke bella ooi. Zaman sekarang xder maknanyer takder laki anak x boleh hidup. Lagilah laki macam aliff tu. Ko campak jer dia hidup2 dekat tambak johor sana. Jadi perempuan… Wanita… Isteri kena ada harga diri dan respect diri sendiri. Jgn biar jtn macam aliff tu pijak dan benam maruah ko hidup2

    6

    1
    • Anonymous says:

      confirm tak cerai tu..
      Bella tu tak malu bukak aib suami kt media.. dh tau laki sendiri yg gatal bukan sekali dh kantoi byk kali.. sendiri yg nk berlaki AA

      nk simpan jenis laki curang patutnye diam2 jer lah… ni bising2 last2 simpan jgk si AA..

      7

      0
      • Anonymous says:

        ye confirm x cerai…gantang ooi laki dia..siap di ayun nya bella duduk atas perut…

        0

        0
  7. POLIGAMI ITU HALAL says:

    OKLA BAKAL MADU BERJUMPA. INGAT PAHALA UTK ISTERI YG TAAT. INGAT GANJARAN ALLAH. TOLAK HUKUM ALLAH DOSALAH JAWABNYA!!!

    0

    11
    • Anonymous says:

      Kepala hotak kau la. Allah bagi otak untuk fikir. Kalau jantan keparat macam ni tak payah nak taat. Buat apa nak menyiksa diri. Cabut la

      2

      0
  8. Anonymous says:

    Sudah2 la cerita psl perihal rumahtangga ko. Ko yg nk stay dgn dia lepas kes Pipah masok karaoke dulu… apa yg ko harapkan? Nk meroyan pon x boleh sbb dia retis bukan pencetus ummah. PU tu lain la beb!

    4

    0
  9. Anonymous says:

    Makin bosan la pulak dengar Bella ni dok canang pung pang pung pang.

    4

    2
  10. Anonymous says:

    Top 5 artis lelaki yg setia..
    1) Edika Yusof
    2) Aaron Aziz
    3) Alif Syukri
    4) Izzue Islam
    5) Sajjad

    7

    0
    • Anonymous says:

      dan laki aku..insyALLAH setakat ini dah nak masok 12 tahun srmh, walaupun aku tua dri dia 8 tahun..

      4

      1
  11. Anonymous says:

    berapa byk pompuan Bella nk jumpa… sedangkan nk jgk simpan laki sendiri yg curang.. xnak cerai cuma nk bising2 kt media…

    sedar laaa Bella oiiii.. takes two to tango

    5

    0
  12. Anonymous says:

    Pompuan bodoh patut le..

    3

    0
  13. Anonymous says:

    akak dah mula rasa x sedap. ni gaduh betol ke atau sekadar drama pelesu nk hangatkn nama dan drama terbaru laki ko? mcm dirancang je. bini kalo sakit hati laki curang dah lama belah angkat kaki la bahlol!

    3

    1
  14. Anonymous says:

    Boikot je lah retis2 begini…..

    0

    0
  15. ye ker says:

    octopus tu dah pernah kawin ke???

    0

    0
  16. Yes oh yes says:

    madu itu manis wlupun pahit utk d telan quota ada 3 lagi kamonnn…

    0

    0
  17. ex fans lofa says:

    si bella ni diam lebih baik dan dengar la nasihat netizen tinggalkan je laki kau tu.. family kau kaya takde mknenye anak kau tu susah kalau kau tinggalkan aliff.. kau jangan nak simpan lagi si aliff ni hoi malu la kat pipah sekarang die gelak je tgk rumahtangga kau.. up la sikit harge diri tu move on.. tinggalkan aliff tu and bina hidup baru… sebab kau sentiasa ade je dengan alif tu yang die rasa kau tu macam bende yang tak berharga.. kau tinggalkan die tengok gila talak tak die nanti.. ni tak buat salah minta maaf nangis dah cair hati kau mende ? lepas ni kalau kau terime balik si aliff ni and die buat hal lagi kau meroyan kat soc med takdenye netizen nak kesiankan kau.. netizen maki kan kau adelah.. so bella kalau kau bace ni dengar lah nasihat aku

    0

    0
  18. ikan says:

    bodohla ko ni bella. seswai sgt la ko ngan alip. sekor penipu sekor lagi suka kena tipu ulang2 kali. kali ketiga dia buat hal nanti toksah nak up kat socmed ye. buat orang cemuih je.

    0

    0
  19. As says:

    WAIT. You yang gigih nak jumpa si Octopus ni kenapa? Why not you jumpa your husband and bagi dia setepek? Walaupun you geram dengan perempuan tu, but so not worth it jumpa perempuan gitu, akan tambah sakit hati je. Your husband tu yang patut kena kaw2, dah la duit takdek, curang memanjang, lepastu biar bini defend diri sorang2. eeee takde kualiti punya jantan keparats.

    1

    0
  20. ex fans lofa says:

    tak kisah sangat pasal die nak sebar ni.. cume yang aku geram kalau end up kau nak maafkan balik laki kau yang perangai macam taik ni takyah sebar kan.. buat malu je.. buat geram netizen jek..

    2

    0
  21. mimi says:

    elok la dia pertahan kan rumahtangga dia, yg korang suka sangat mereka bercerai berai kenapa? korang tahu tak cerai ni tak bagus?? anak2 membesar banyak tekanan hidup, tak cukup kasih sayang, jgn ingat perasan mak bapak je, anak cane? berapa ramai je wanita kat luar sana yg sanggup bertahan sebab suami buat perangai. berlambak gais.

    2

    1
    • Syg kerana Allah says:

      Betul tu, kita doa yg baik, agar yg baik dtg kat kita balik.

      1

      0
    • Anonymous says:

      dah tau laki sendiri suka curang… diam2 simpan… jgn bising2…. meroyan nk jupa sana sini tak kan ubah perangai aliff ni… sok2 laki buat lagi ajak netizen membawang lagi… elok lah cerai jer… berlaki pun menambah dosa

      1

      0
    • ex fans lofa says:

      kau ingat anak yang datang dari family yang mak bapak die tiap2 hari bergaduh tu bahagia ke? tak de tekanan perasaan ke tiap kali derang bergaduh ? jangan cakap sebab anak lah. kadang2 melepaskan tu lebih baik. ok lah kali pertama nak bagi second chance tu ok tapi dah di sia2kan peluang yang diberi kau terime lagi kau bodoh bella.

      1

      1
  22. Syg kerana Allah says:

    To Bella Dan wanita/lelaki yg senasib dgn nya, bersabar dan doa pada Tuhan, selamat kan kebahagiaan keluarga, kita doakan yg baik baik UTK mereka, agar benda hal yg baik juga berbalik pd kita nanti.

    2

    0
  23. Malisa says:

    Patutlah octopus minta maaf rupanya bella dah tunjuk video kat dorang. Terus slowdown .bayangkan kalau bella upload video tu ha lagi kantoi. Baik la bella x terus upload video tu. Masih lagi jaga aib yg teruk .

    0

    0
  24. enaz says:

    Bella c attention seeker. gigih nak tunjuk diri boleh jadi penyanyi siap buat MV sendiri. .promote diri.. siap buat program motivasi lepas kes curang yang pertama. walhal, kawin baru setahun jagung je.

    0

    0
  25. uli says:

    masalah rumahtangga sendiri tak pyh cananglah. simpan selesaikan diam². kahwin canang, bermasalah pun canang.

    0

    0
  26. Anonymous says:

    Bella ni takut kena cerai sebenarnya. Tu yg beriye defend laki tu. ye la kena cerai camne nak maintain lifestyle dier kan. Tak pasal2 balik Sabah nanti. LOL. Setakat paid review tu ape la sgt.

    0

    0
  27. Anonymous says:

    Udah udah ler tu Bella Bellu, bosang dengo cerito laki ko ni. Apasai tak tinggalkan laki mu dulu, ni nak buka aib laki, tak da paedah.. Diam diam bawa jumpa tok kadi cerai kan senang.. Attention seeker benor…

    0

    0