Pergolakkan rumah tangg Bella Astillah bersama Aliff Aziz gara-gara insiden kantoi karaoke bersama Afifah Nasir sebelum ini mendapat perhatian ramai. Meskipun hatinya terluka dikasari suami ketika masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak mereka, Bella nampaknya masih lagi terbuka hati untuk menerima Aliff semula dan membuka lembaran baru dalam hidup mereka.
Disebabkan itu, ramai yang turut merasa kagum dengan kekuatan Bella disebalik semua dugaan yang menimpa. Mereka ingin tahu dimanakah Bella mendapat semangat untuk terus mempertahankan rumah tangganya.
Baru-baru ini, Bella mengadakan majlis pertemuan bersama peminatnya untuk berkongsi pengalaman rumah tangganya dan memberikan sedikit nasihat.
Saya tiada niat untuk membuka semula cerita ini kepada orang ramai sebaliknya ingin berkongsi mengenai apa yang terjadi dan bagaimana saya meharungi masalah itu. Perkara ini dilakukan selepas menerima banyak mesej peribadi di media sosal dimana kebanyakan mereka ingin mengetahui dari mana saya mendapat kekuatan.
Jadi disebabkan ramai sangat yang menghantar mesej dan saya tak mampu hendak membalas semuanya jadi saya terpanggil untuk berkongsi secara terbuka hari ini. Tujuan saya hanya untuk berkongsi kepada mereka dan tiada niat untuk mengaibkan sesiapa.
Program khas tersebut yang dinamakan Mutiara Hati Bersama Bella Astillah diadakan di Soireelab, Putrajaya semalam. Aliff juga turut hadir memberikan sokongan kepada isterinya itu dan majlis itu mendapat sambutan yang baik dari peminat yang memuji Bella begitu telus untuk berkongsi kisah sebenar kepada umum.