Bella Astillah Jual Batang Buruk & Biskut Red Velvet – “Saya Buat Semua Sendiri”

Hiburan

Bella Astillah Jual Batang Buruk & Biskut Red Velvet – “Saya Buat Semua Sendiri”

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memaklumkan bahawa dia akan berniaga kuih muih sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini.

Bella Astillah jual kuih muih

Ujar Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah,32, kuih muih yang dijualnya seperti red velvet dan batang buruk adalah merupakan resipi turun temurun keluarganya.

Advertisement

Saya memang suka buat kuih raya sejak kecil, jadi tahun ini saya jual kuih raya. Saya buat semua sendiri tapi mungkin bukan dalam kuantiti yang banyak.

Antara yang saya buat ialah biskut red velvet dan batang buruk resipi sendiri yang sangat popular di Sabah dan berbeza daripada batang buruk di Semenanjung.

Kerjaya seni tetap berjalan

Isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu juga memaklumkan bahawa kerjayanya sebagai anak seni tetapi rancak meskipun sedang berpuasa.

Kerja memang ada tapi saya kena juga luangkan masa dengan anak. Persiapan raya lagi dan paling takut kalau dilakukan pada saat akhir. Kelam kabut, boleh pening dan demam dibuatnya.

Sebelum ini, nama pelakon kecil molek itu menjadi sorotan netizen di media sosial gara-gara penangkapan khalwat suaminya, pelakon Aliff Aziz dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ellie
9 months ago

"Sangat Biadab Perangai, Berkawan Baik Dengan Isterinya Tapi Bawa Balik Suami Kawan Tu Ke Rumah Berkali-Kali" - Ellie Suriaty

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...