Bella Astillah Jadi Penyampai ERA, Syed Saddiq Beri Pesanan Manja – “Tolong Jagakan Dia”

Hiburan

Bella Astillah Jadi Penyampai ERA, Syed Saddiq Beri Pesanan Manja – “Tolong Jagakan Dia”

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah kini melangkah ke dunia penyiaran apabila diumumkan sebagai penyampai radio baharu di ERA bermula esok, 22 September 2025.

Pengumuman itu dibuat melalui Instagram rasmi ERA yang memuat naik surat tawaran khas ditujukan kepada Bella. Menariknya, surat tersebut disusun seperti dokumen rasmi lengkap dengan tarikh pelantikan, tugasan serta jadual siaran seawal jam 6 pagi bersama segmen 3 Pagi ERA.

Advertisement

Menurut kenyataan ERA, pelantikan itu dibuat kerana mereka yakin bakat dan personaliti Bella mampu memberikan nilai tambah dalam usaha menghiburkan pendengar di seluruh negara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Dalam pada itu, geng 3 Pagi ERA turut sempat menghubungi YB Syed Saddiq bagi menyampaikan mengenai berita itu. Jelasnya manja,

Tolong jagakan Bella untuk saya.

Dengarkan celoteh Bella di ERA bermula hari ini.

munaa bella jihyo
2025-09-06 12:51:23

"Song Jihyo Kenal Saya Secara Peribadi" - Munaa Bella

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...