Bella Astillah Enggan Kenang Kejadian Di AMT 2025 – “Selepas Hampir Seminggu Refleksi, Saya Pilih Untuk…”

Hiburan

Bella Astillah Enggan Kenang Kejadian Di AMT 2025 – “Selepas Hampir Seminggu Refleksi, Saya Pilih Untuk…”

Selepas hampir seminggu namanya menjadi bualan gara-gara insiden menyampaikan anugerah kepada Sophia Albarakbah, penyanyi dan pelakon Bella Astillah akhir tampil bersuara tentang itu.

Menerusi Instagram, Bella berkata dia memilih untuk tidak mengulas mahu pun memanjangkan isu berkenaan kerana lebih selera memberi fokus kepada kehidupan masa depan.

Advertisement

Bella bagi trofi Sophia Albarakbah

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah juga berkata dia telah mengambil kira daripada pelbagai sudut pandangan untuk tidak bercakap tentang insiden yang berlaku di Anugerah Melodi Terhangat (AMT2025) itu.

Selepas hampir seminggu refleksi dan mendengar semua sisi, saya pilih untuk fokus kepada kebaikan malam itu dan melangkah ke hadapan.

Pada hantaran yang sama, Bella memuat naik gambarnya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bersama trofi kemenangan mereka dalam kategori Couple Goal Terhangat.

Pelbagai rasa, namun saya tetap anggap ia satu pengalaman yang luar biasa dan akan dikenang.

Menjengah ruangan komen, ramai yang memberikan kata semangat buat Bella selepas apa yang berlaku dan mendoakan yang terbaik buat masa depan penyanyi itu.

Terdahulu, nama Bella menjadi bualan selepas ramai bersimpati dengannya apabila pihak Melodi didakwa menukar pada saat-saat akhir dan menjadikannya penyampai bagi anugerah Selebriti Feminin Terhangat yang dimenangi oleh Sophia Albarakbah.

hisyam hamid backup bella
2025-08-05 10:22:13

"Patutnya Hisyam Hamid.." - Melodi Kantoi Tukar Penyampai Anugerah Saat Akhir, Bella Jadi Mangsa?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...