Bella Astillah Dipulau Sahabat Baik Setelah Bertunang Dengan Aliff Aziz

Hiburan

Bella Astillah Dipulau Sahabat Baik Setelah Bertunang Dengan Aliff Aziz

Aliff Aziz pernah dikaitkan dengan beberapa orang wanita sebelum ini dan juga terpalit dengan beberapa kontroversi. Namun Aliff nampaknya nekad untuk berubah dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan kekasihnya Bella Astillah. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada Disember lepas dan bakal bernikah selepas Raya pada Julai depan.

Namun begitu apa yang pelik, Bella memberitahu dia dipulaukan oleh sahabat-sahabat baik setelah bertunang dengan Aliff. Bella memberitahu mStar Online:

Sebelum saya mengikat tali pertunangan hubungan saya dengan kawan-kawan memang baik tetapi mereka berubah secara tiba-tiba tanpa saya tahu puncanya.

Saya tertanya-tanya juga kenapa berbuat demikian, adakah kerana tidak menyukai Aliff atau ada perkara lain menggangu mereka.

Memang sedih kerana hubungan kami rapat seperti adik-beradik.

Aliff pula berpendapat Bella tidak perlu terlalu memikirkan soal berkenaan kerana memuaskan hati semua pihak adalah mustahil.

Baginya, sikap rakan-rakan Bella mencerminkan diri mereka yang sebenar serta niat mereka berkawan baik dengannya.

Saya tidak pernah percaya bahawa lelaki boleh berkawan baik dengan perempuan dan sekiranya mereka tidak boleh menerima hakikat saya dan Bella bakal berkahwin kami tidak dapat lakukan apa-apa.

Dalam tempoh bertunang ini orang kata banyak dugaan tetapi pada saya, kami lebih memahami di antara satu sama lain.

Pertengkaran itu perkara biasa dan Alhamdulillah kami semakin matang sebelum menempuh alam rumah tangga.


Adakah cemburu kerana Bella bakal berkahwin dengan Aliff? Atau mereka menjauhkan diri kerana tahu Bella akan berkahwin dengan Aliff dan tidak manis pula untuk mereka berkawan rapat dengan Bella? Hanya bekas sahabat-sahabat baik Bella saja yang tahu mengapa mereka memulaukannya.

Yang penting sentiasa pandang ke depan dan teruskan dengan jalan serta kehidupan yang dipilih.

Teater Muzikal Randai "CINDUA MATO"

Jom saksikan Slot Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai “Cindua Mato” pada 25, 26 dan 27 Mac ini di Panggung Sari, Istana Budaya (IB). Barisan artis popular seperti Remy Ishak, Azhan Rani, Ashraf Muslim, Puteri Aishah Sulaiman, Dato A. Tamimi Siregar, Dato'Jalaludin Hassan, Juhara Ayob Zuhairi Ibrahim dan ramai lagi. Seramai 40 orang artis budaya dan pemuzik akan terlibat dalam pementasan ini yang melibatkan gabungan Kumpulan Kesenian JKKN Negeri Sembilan, Ibu Pejabat dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta pemuzik tradisional yang terdiri dari gabungan pemuzik Istana Budaya dan Kumpulan Kesenian JKKN.15 orang pesilat dari Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi, Malaysia serta Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Kampung Gagu, Jelebu, Negeri Sembilan turut memeriahkan lagi pementasan ini.Tiket bagi menyaksikan persembahan Randai ini berharga RM25, RM55 dan RM 85 dan boleh didapati dengan melayari http://www.airasiaredtix.com/Events/Teater_Muzikal_Cindua_Mato/ atau dengan membelinya di outlet berikut:1. Rock Corner : The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 – 2201 4893)KLCC (TEL: 03 – 2181 5560)Subang Parade (TEL: 03 – 5613 1139)The Curve (TEL: 03 – 7733 1139)2. Victoria Music : Sg Wang(TEL: 03 – 2148 7208)Amcorp (TEL: 03 – 7956 0592)Tropicana (TEL: 03 – 7722 2955)

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 March 2016

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...