Bella Astillah Didakwa Halang Aliff Aziz Jumpa Anak-Anak, Adik Tampil ‘Backup’ – “Jenis Nak Masuk Campur Hal Orang..”

Hiburan

Bella Astillah Didakwa Halang Aliff Aziz Jumpa Anak-Anak, Adik Tampil ‘Backup’ – “Jenis Nak Masuk Campur Hal Orang..”

Pelakon Didi Astillah tampil mempertahankan kakaknya, Bella Astillah susulan dakwaan kononnya Bella menghalang anak-anak daripada bertemu dengan bekas suami, Aliff Aziz.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Didi dilihat meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir pihak yang mencampuri urusan peribadi keluarga mereka tanpa mengetahui situasi sebenar.

Advertisement

bella astillah

“Bila jenis nak masuk campur urusan hidup orang. Tapi tak tahu cerita penuh,” katanya dalam Threads.

Isu tersebut dipercayai timbul apabila terdapat dakwaan bahawa Aliff tidak berpeluang bertemu anak-anaknya sejak kebelakangan ini.

Didi atau nama penuhnya Dayang Nazillah Awang Astillah, 30, menyifatkan individu yang gemar menabur fitnah sebagai golongan yang suka mengambil tahu hal orang lain tanpa memahami keseluruhan cerita.

Dalam masa sama, seorang netizen turut mendakwa Bella lebih kerap membawa anak-anak meluangkan masa bersama Syed Saddiq berbanding bapa kandung mereka.

“Gedik betul Bella Astillah. Anak-anak tak bagi bekas suami langsung dah bertahun-tahun.”

“Tak nak bagi anak-anak keliru katanya. Bawa jumpa Syed Saddiq menggatal boleh pula,” kata netizen.

Untuk rekod, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff Aziz pada 9 September 2016.

Pasangan itu bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum kembali rujuk, namun berpisah buat kali kedua pada Mac 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.

Setakat ini, Bella sendiri belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan yang tular tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ernie zakri
2026-03-27 10:36:27

Ernie Zakri ‘Sound’ Netizen Tuduh Makan Di Premis Tak Halal - "Terpampang Besar Dekat Situ.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...