Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Kini Buat Kerja Amal Dan Bekerja Di Pusat Komuniti Islam

aliff aziz bekerja di pusat komuniti islam

Sejak bermulanya kisah kecurangan Aliff Aziz, netizen telah mengikuti perkembangan hidup lelaki itu dan Bella Astillah sehingga ke hari ini. Melihatkan pasang surut hubungan mereka, ramai mendoakan yang terbaik kepada keluarga tersebut.

Walaupun mengambil keputusan untuk berpisah tetapi Bella mengakui bahawa mereka sudah pun kembali bersama sebagai pasangan suami isteri semasa dalam tempoh iddah lagi.

Advertisement

bella dan aliff

Wanita yang kini sarat mengandung anak kedua mereka menjelaskan bahawa pengumuman rasmi itu lambat dibuat bagi memberikan masa kepada Aliff untuk menyelesaikan apa yang patut.

Bahkan, Aliff dikhabarkan sudah lebih 3 bulan menabur bakti di sebuah pusat komuniti Islam terletak di Singapura.

“Sebagai isteri, saya gembira dia mahu berubah menjadi lebih baik. Aliff terbabit dengan kerja amal mengagihkan bahan mentah kepada mereka yang memerlukan.”

bella astillah

Advertisement

Agak menyedihkan apabila Bella dan Ayden tidak dapat beraya bersama dengan Aliff dek halangan merentas negara bagi membendung wabak COVID-19. Jadinya, mereka hanya mampu berhubung menerusi panggilan video atau pun melakukan IG Live bersama.

“Kebiasaannya, saya akan menyambut Syawal di Singapura mahupun Sabah. Tahun ini, hanya beraya di rumah sendiri di Kuala Lumpur.”

Semoga pasangan ini menemui sinar bahagia selepas segala kemelut ini.

Sumber: BH Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. Minah

    June 2, 2020 at 2:55 pm

    bahagia x payah tunjuk.. nanti merana pulak dicanang..

  2. AzLim

    June 2, 2020 at 11:43 am

    Funny…

  3. AzLim

    June 2, 2020 at 11:42 am

    Community service right? ??

  4. Anonymous

    June 2, 2020 at 10:54 am

    Itu pn nk bgtau org ramai ke?? Buat baik xpyh tunjuk2 Allah nmpk..

  5. Victor Johann

    June 2, 2020 at 8:29 am

    Salah satu cara nak cover line, gunakan agama sebagai tactic untuk meraih simpati daripada netizen. Ni semua nak ditunjuk-tunjuk saja dan kebanyakan netizen akan termakan bulat-bulat. Kalau nak buat baik tu sneyap2 je, tak yah ke soc med

    • Anonymous

      June 3, 2020 at 8:49 am

      betul perasan si alif ni kalu buat silap terus guna agama nak bela diri. setiap masa macam tu. propa je

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top