SsMengorak langkah ke fasa bahagia, pelakon dan penyanyi Bella Astillah dilaporkan bakal mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, dalam sebuah majlis yang dijangka berlangsung sekitar pukul 3 petang hari ini.
Menurut sumber terdekat, majlis pertunangan pasangan yang sering menjadi perhatian ramai itu akan diadakan di sebuah lokasi acara sekitar ibu negara.
“Petang ini bukan majlis pernikahan, sebaliknya mereka ikut adat dengan bertunang dulu, barulah bernikah dalam tempoh beberapa bulan lagi.”
“Tarikh nikah saya tak boleh dedahkan, tunggu sahaja pengumuman mereka. Cuma yang saya boleh katakan persediaan untuk pasangan itu disatukan sudah dijalankan termasuk tempah venue resepsi serta ‘locked’ MUA (jurumekap) berbeza untuk nikah dan sanding.”
“Sebelum ini ada pihak dakwa Bella dan Syed Saddiq bertunang di luar Lembah Kelang, tapi sebenarnya di sini, sebab ahli keluarga terdekat Bella dari Sabah juga sudah ada di sini,” katanya kepada Kosmo! Online
Dalam pada itu, sejak beberapa minggu lalu, media sosial hangat memperkatakan kemungkinan pasangan yang dikenali sebagai BASS itu bakal disatukan pada 28 Mac 2026.
Spekulasi tersebut semakin kuat apabila netizen mendakwa terlihat set hantaran ketika ahli politik berkenaan bersalaman dengan ahli keluarga pada pagi Syawal.
Malah, sebelum ini beberapa selebriti turut memberi bayangan awal bahawa tema busana bagi hari istimewa pasangan itu dipercayai berwarna kuning.
Sehingga pagi ini, akaun media sosial kedua-dua figura tersebut dibanjiri ucapan tahniah daripada orang ramai yang mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.
Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi dan memilih untuk berdiam diri berhubung spekulasi yang terus menjadi bualan hangat.
Selain itu, kami kongsi kan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
