Selepas berpisah dengan bekas isteri, Bella Astillah, penyanyi dan pelakon Singapura, Aliff Aziz meluahkan rasa gembira melihat Bella meneruskan kehidupan, lapor BM Singapura.
Ketika ditanya mengenai hubungan Bella dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, yang sering dikaitkan dengan tanda pagar #BASS, Aliff memilih untuk bersikap terbuka.
Menurutnya, jika itu membahagiakan mereka, dia reda dan mendoakan yang terbaik. Katanya, apa yang sudah berlaku adalah kisah lalu dan kini dia fokus kepada dirinya sendiri.
Namun, apa yang paling utama bagi Aliff adalah kesejahteraan anak-anaknya. Katanya,
Ayden dan Ara dikerumuni orang-orang yang sayang mereka… Itu sudah memadai.
Sebagai bapa, Aliff bersyukur anak-anaknya berada dalam jagaan individu yang menyayangi mereka walaupun dia mengakui belum berpeluang berhubung secara langsung sejak 2024.
Dia turut meluahkan kerinduan mendalam terhadap Ayden, 8, dan Ara, 5. Setiap kali melihat video mereka, dia sering gagal menonton hingga habis kerana terlalu sebak. Luahnya penuh emosi,
Saya rindu sangat… Daddy sentiasa ingat dan mendoakan Ayden dan Ara. I love you so much and I miss you.
Semoga yang baik-baik sahaja buat semua.