Written by Bella | February 27th, 2019

Tidak tahan dengan sikap suaminya yang tidak mahu berubah dan curang buat kali kedua, penyanyi Bella Astillah mengakui beliau sudah tawar hati dengan Aliff Aziz dan redha sekiranya perceraian adalah jalan terakhir dan terbaik buat mereka berdua.

Jika perpisahan menjadi jalan terakhir untuk perkahwinan kami, saya akur dan redha. Saya tak sangka dia akan buat hal lagi. Ingatkan, dia sudah berubah. Kali ini, dengan pelakon juga.

Saya sudah tidak mampu untuk berselindung. Sebab itu juga saya memilih untuk berkongsi cerita ini di Instagram. Sebelum ini, saya maafkan dirinya dan memberikannya peluang. Namun, nampaknya dia tidak menggunakan peluang itu sebaik mungkin.

Kerana terlalu cinta dan sayang pada seorang suami, akhirnya hati Bella sendiri yang terluka. Banyak yang sudah dipendam dan kini hatinya sudah tidak mampu untuk menanggung lagi segala keperitan.

Silap saya sendiri sebab terlalu sayang, cinta dan menjaga nama serta keperluannya. Akhirnya, saya juga yang makan hati. Lima tahun kami saling mengenali dan usia perkahwinan kami juga memasuki tahun ketiga. Nampaknya, tempoh itu belum cukup untuk saya benar-benar mengenalinya. Dia masih tak serik. Ikutkan, banyak lagi kisah seumpama ini yang saya pendam dan tidak kongsi bersama umum.

Sejujurnya, Bella tidak sangka suaminya itu boleh bermain cinta dengan Oktovia Manrose dalam tempoh yang singkat sewaktu menjalani penggambaran sebuah telefilem. Namun, Bella akui sejak kebelakangan ini sikap Aliff mula berubah dengan ketara sekali.  Emosi suaminya itu agak tidak stabil dan banyak berdiam diri.

Dalam pada itu, Bella menafikan dakwaan kononnya beliau menghalau Aliff keluar rumah sejak 17 Februari lalu. Katanya pada waktu itu, Bella memberikannya pilihan untuk memperbaiki hubungan mereka atau keluar rumah dan akhirnya Aliff sendiri yang angkat kaki.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ayden Adrean pada 8 Julai 2017.

Sumber Berita : BH ONLINE

40 responses to Bella Astillah Akui Sudah Tawar Hati, Redha Jika Bercerai

  1. zaza says:

    “dalam pada itu, Bella menafikan dakwaan kononnya beliau menghalau Aliff keluar rumah sejak 17 Februari lalu. Katanya pada waktu itu, Bella memberikannya pilihan untuk memperbaiki hubungan mereka atau keluar rumah dan akhirnya Aliff sendiri yang angkat kaki.”
    Seriously la alip kau memilih utk angkat kaki? :0
    Bayangkan mcmana perasaan Bella masatu?

    40

    0
    • WickEd says:

      Kalau bijak tak payah share kes2 pergolakan rumahtangga dimedia social ke media so…sial ni. Once there, its very hard to erase…org google in 20years later tetap akan keluar cerita ni…selesaikan antara you. Rasa nak maafkan move on, rasa no point give up…buat apa nak share benda2 private…hmmm think…think

      1

      0
    • Anonymous says:

      akak kesian ngan nasib ko dik..syg kan rumahtangga smp sanggup bagi peluang kedua, tp last2 laki tetap ngan perangai lama. i can feel u, dik. kalau akak, memang dlm dilema sbb kena fikirkan nasib anak pasni. bukan maksud ko xmampu bg die makan, tp dr segi kasih syg seorg ayah. aishhh..seriously, akak sedih.

      29

      0
      • Anonymous says:

        aliff aziz ni jantan gatal… sblm kawin pun dah byk kali curang… dah kawin pun tetap curang… si bella pun satu sangap nk berlaki artis g mane2 nk org kenal… nk jd fame akhirnya flame

        2

        1
    • biarbetik says:

      Budak2 baru nak up ni kisah rumahtangga pun nak share kat laman social…cuba la selesaikan on your own privately…Kau bukak aib laki kau lepas tu kau rujuk balik..kalau jumpa Tuan Tabib pun dia suruh kau ceraikan laki kau yg mmg tak guna tu…so its up to u, nak stay or spray and walk away…tak yah kecoh2 nanti kau sendiri yg malu…grow up both of u…org kawin korang nak kawin…solve it like an adult would…

      5

      27
    • Anonymous says:

      Dia stuck dlm toxic marriage. Blah je lah Bella. Kaki pukul, kaki perempuan, kaki dadah, kaki judi dan segala kaki ni, mmg selamanya kaki. Memang tak boleh buat apa. Seksa diri je. Dari zaman sebelum kahwin dengan Bella pun dah mcm2 kes main betina. Si oktopus tu pon gatai biji. Sama macam Afifah. Yang jenis melayan. Ramai je lagi heroin yg pernah berlakon dgn Aliff tapi takdepun kes macam dorang dua ekor ni. Contoh, Mira Filzah, Anne Ngasri, Farah Nabila.

      18

      0
    • Anonymous says:

      betul. perempuan memang yang paling kecewa bila lelaki decide macam tu :(

      0

      0
    • aku says:

      aku rasa si aliff ni mcm menyesal kawen muda. dia blm puas enjoy. aku tak pelik kalau diorang pilih untuk bercerai. maybe tu yg terbaek dr menganiayai sang isteri.

      15

      0
    • Anonymous says:

      bella pls shre the video..let us see sape btol sape salah

      1

      4
    • Anonymous says:

      cerai je then fight tuntut utk nafkah anak mcm ritrud. x nak bg malukan je dia bg semua org tahu x bertanggungjwb. bekas laki camtu mmg layak dimalukan dekat khalayak.

      3

      1
    • ikan says:

      salah ko bella bagi chance first time dulu. once a cheater always a cheater. kemain ko backup laki ko dulu kan. kena tipu skali mmg salah alip la, kena tipu 2 kali salah ko la bagi peluang lagi. dah tu ni skang ni mcm mana? nak kena tipu buat kali ke 3 pulak ke? tinggal jela jantan hauk camtu. buat apa nak hidup makan hati demi nak pertahan rumah tangga yang porak peranda. muda lawa lagi pegi cari laki lain sudah.

      5

      0
  2. Anonymous says:

    harap kak abby boleh la tolong bg kata2 semangat pd bella ni supaya jgn takut untuk bercerai,,..saya sgt suka cara akak membela nasib selena gomez ari tu…mohon bantuan akak..tq

    11

    5
  3. minah jambu say NO to drugs says:

    kesian bella..pergi aje makamah fail kan perceraian n jangan kasi muka lagi ngan si aliff ni kurang ajar gi club ngan betina lain ..tak cukup lagi ke ada bini kat rumah ??? cerai pon bagus lah tak payah lagi u nak simpan jantan yg semacam ini buat sakit kan hati aje ..u pon maseh muda jambu lagi..peduli n persetan lah ngan si aliff tu..biar kan dia pergi ngan betina yg dia suka tu..

    19

    0
  4. Pwinces says:

    Once a cheater always a cheater.
    Time to walk away my dear.
    Plenty of fish to catch.
    You’re still young.
    Don’t be his second best.
    He ain’t worthy for you darling.

    26

    0
  5. Makcikbawang says:

    Handsome ke? Perasan handsome je ni. Overkonpiden

    14

    0
  6. minah kelabu says:

    lumrah kehidupan sekarang bnyak suami yang rsa perkhwinan ni satu MAINAN dan sesuka hati blh buat apa2 pun pada isteri. Lupa pada TAKLIK yang di lafazkan ktika nikah dulu. ISTERI ni selalu jadi seorg PEMAAF tp bg saya cukup2 la bg kemaafan kalau still buat hal belakang isteri ni

    19

    0
  7. ex-fans lofa says:

    bagus lah kalau tawar hati jangan buat u turn pegi jilat balik jantan tak guna ni.. tolong lah bella. wake up. value urself.

    8

    1
  8. Kobes Bunga says:

    Jadi janda bkn senang.. mgkn mcm Bella tu cepat la laku sbb dia cantik… apepon selagi blh selamatkan umah tangga, selamatkan la…..

    3

    5
  9. Melody says:

    Bella sumandak Sabah, kalau Aliff dengan Oktovia tu dekat Sabah, dah lama kamu dikenakan “sogit” sebab buat Bella begitu. Aliff ni pun dah diberi peluang masa dahulu tapi masih buat perangai macam orang bujang. Oktovia ni budak baru up perlu publisiti murahan tak menjamin masa depan tau. Be strong Bella. We Sabahan will pray for you & your baby.

    9

    2
    • mimi says:

      ee tiba tiba bah. Tiada kaitan Sabah pun. Honestly, Bella ni kerja apa sampai perlu up berita macam ni sekali? For me Bella, kau nda payah la perlu kasi kena perempuan lain begitu ba. Its just shows how mean you are. Masalah sebenar adalah Aliff, settlekan Aliff ja. Jangan lepas ni kau balik dengan Aliff post manis manis macam paling bahagia. Next kalau ada lagi, settle the husband ja. Honestly kalau the girl out of nowhere tetiba kantoi di pub macam tu then maybe lah quite reasonable u nak marah. Tapi lately u gais dengan manrose family kan rapat, so tak menghairankan sgt pun they went out together.

      4

      2
      • luahan hati says:

        taktau kenapa aku sokong kau. macam kes aku kena pun, aku tak cari salah perempuan tu dulu. aku terus ‘tembak’ suami aku dulu. kalau perempuan sama melayan, baru lah settlekan dengan perempuan tu. ni tak, perempuan sama perempuan bergaduh, lelaki tepuk tangan gaduh sebabkan dia. bodoh!

        6

        1
  10. Anonymous says:

    Oktopus? hahahahaha

    1

    0
  11. Anonymous says:

    Laki handsome, berduit, badan berketul2 sepa taknak.. Basah I dibuatnya.. Emm

    2

    6
  12. Anonymous says:

    nk tanya,kuarga Aliff ni kaya sgt2 tak..baru boleh komen
    ssbb wang akan selesaikan prblem

    1

    0
  13. anon says:

    sebenar nya alif ni x kan pernah berubah
    dah bella dah boleh lah lepaskan
    tapi lepas lepaskan ..
    jgn pulak asyik kau ..n kau ..kau cerita duka lara
    semak wei …muahkakakakak

    0

    0
  14. Anonymous says:

    nk cerai g mahkamah jer lah cepat2…. sblm next kes laki curang lagi…
    dah tau byk kali dah kantoi curang… tak serik2 tp sendiri yg nk berlaki si aliff aziz kennn
    pronggg prangg prongg pranggg nk cerai kekonon nyer…. sok2 kasi ampun… nnti laki curang lagi… pastu bising2 kt media lagi… xabis2 netizen nk layan story laki bini ni…. byk gosip lain bawang rangers nk layan….

    ok next….

    2

    0
  15. Alip syuk says:

    Klau krg alif, krg pilih bela ke okta? Aku okta

    1

    0
  16. wekkkkkkk says:

    sian anak tu, tak tau apa2, biasa balik ayah ada, skrg x ada…x rindu ke anak AA.
    Buat hal lagi. Sok lusa kalau menikah dgn org lain, x ada anak pulak…baru ko tahu, bella lah segalanya…masa tu bella dh jdi hak org lain.

    0

    2