Beli Tiket Bas Di TBS, Pasangan Kekasih Ditahan Kerana Guna Borang Rentas Negeri Palsu

Trending

Beli Tiket Bas Di TBS, Pasangan Kekasih Ditahan Kerana Guna Borang Rentas Negeri Palsu

Sepasang kekasih yang masing-masing berumur 38 dan 41 tahun ditahan kira-kira jam 10 malam semalam kerana menggunakan borang rentas negeri yang dipalsukan selepas mencuba membeli tiket bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Salak Selatan, lapor Harian Metro.

Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon selaku Ketua Polis Daerah Cheras berkata, awalnya lelaki berkenaan sudah membeli tiket bas ke Pulau Pinang untuk teman wanitanya yang merupakan seorang warga Vietnam.

Advertisement

Borang rentas negeri yang dibawa oleh pasangan itu kelihatan meragukan menyebabkan kakitangan kaunter tiket bas membawa mereka ke Pondok Polis TBS untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati borang rentas negeri tersebut pernah dikeluarkan namun terdapat beberapa pindaan dibuat terhadap borang itu”

Susulan itu, mereka ditahan dan dimasukkan ke lokap ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 22(d) Akta 342, katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, suspek lelaki dibenarkan perintah reman selama sehari mengikut seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) manakala wanita warga Vietnam itu dibenarkan selama empat hari.

Sumber 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...