Beli Rumah Hanya Berhutang Jangka Masa Panjang, Rakyat Disaran Menyewa Lama-Lama

Trending

Beli Rumah Hanya Berhutang Jangka Masa Panjang, Rakyat Disaran Menyewa Lama-Lama

Memiliki aset hartanah di usia muda hanya mengundang hutang jangka masa panjang, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Advertisement

Sebagai contoh, negara luar seperti United Kingdom (UK), penduduknya lebih suka menyewa lama-lama sebelum mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli aset.

“Ia budaya kita, kita tidak percaya kepada sewa. Kita perlu tukar fikiran,” katanya ketika sesi dialog Transformasi Nasional (TN50), lapor Malay Mail Online.

“Apabila anda ke UK, mereka hanya menyewa sehinggalah mereka mempunyai wang untuk membuat komitmen jangka panjang,” katanya.

Johari turut mencadangkan lebih banyak rumah mampu milik dibina untuk disewakan, bukannya untuk dibeli.

Ramai rakyat Malaysia membuat pinjaman sewa beli pada masa yang muda terutamanya mereka sudah mula mendapatkan pekerjaan baru.

“Sebab itu kita melabur dalam pengangkutan awam untuk keperluan generasi akan datang. Apabila mereka pergi bekerja, mereka tidak perlu membeli kereta lagi,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...