Sedia maklum, usahawan pizza wagyu sensasi, Jofliam baru-baru ini ada menjual pasta wagyu, di mana ia menjadi perhatian ramai susulan kelihatan menarik.
Pasta RM75 milik Jofliam indah khabar dari rupa
Bagaimanapun, melalui platform Threads, tular tangkap layar memaparkan pelanggan yang membeli pasta tersebut yang berharga RM75 meluahkan rasa kecewa.
Sebab dirinya berasa kecewa kerana packaging untuk pasta tersebut seperti tidak selari dengan harga pasta berkenaan yang dianggap mahal.
Tot betul-betul dah jatuh miskin ke eh? Harga pasta RM75, lalamove RM18.
Letak dalam bekas tupperware pakai buang, bungkus guna plastik sampah
Dapat dilihat dalam mesej tersebut, pembeli berkenaan mengadu kepada kawannya dengan berkata Jofliam membungkus pasta itu menggunakan plastik sampah.
Rasa dia ok lah standard pasta creamy lah rasa pekat gitu tapi betul-betul pasta kosong, letak daging wagyu kat atas. Bungkus dalam tupperware pakai buang, plastik sampah. Miskin sangat ke dia sekarang?
Bukan itu saja, malah pembeli tersebut tidak dapat menghabiskan pasta berkenaan kerana sudah muak dengan pasta yang terlalu berkrim itu.