Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Beli Mercedes Benz A180 AMG, Scha Elinnea Bangga Miliki Kereta Mewah Di Usia 21 Tahun

Nora Danish

Pelakon baru, Scha Elinnea meluahkan rasa bangga dengan pencapaian diri sendiri apabila dia berjaya membeli kereta mewah jenis Mercedes Benz A18 AMG yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM200,000 pada usia 21 tahun.

Scha yang dihubungi media berkata kereta berjenama mewah itu sememangnya idaman dia dan telah mengumpul duit sejak dua tahun yang lalu.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Scha Elinnea (@schaelinnea)

Menganggap perkara itu sebagai satu pencapaian terbesar dalam hidup, Scha berkata semuanya tidak akan berlaku tanpa sokongan dan doa berterusan daripada ahli keluarganya.

“Ini adalah hasil titik peluh saya berlakon. Selama dua tahun saya mula mengumpul duit untuk membeli kereta idaman ini. Apabila dapat beli, saya berasa puas dan berbaloi dengan kerja keras selama ini.”

Ujar Scha lagi, kereta yang dibelinya itu merupakan kereta pertama dan sebelum ini dia hanya menumpang kereta pembantu peribadinya sahaja jika ingin kemana-mana.

View this post on Instagram

A post shared by Scha Elinnea (@schaelinnea)

Katanya lagi, selepas ini dia akan mula menyimpan wang untuk membeli rumah pula pada tahun hadapan.

Perkembangan lain, Scha berkata dia kini masih lagi dalam penggambaran drama Selamat Datang Cinta terbitan A Aida Production dan akan berakhir tidak lama sahaja lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Scha Elinnea (@schaelinnea)

Manakala bagi sambutan raya tahun ini, dia hanya berkesempatan untuk beraya di Cyberjaya kerana perlaksanaan PKP membataskan dirinya untuk pulang ke kampung halaman yang bertempat di Sungai Petani, Kedah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. tecit

    May 18, 2021 at 1:20 pm

    what the.. whos this??

  2. haha

    May 10, 2021 at 5:56 pm

    kene faham “bekerja KERAS” tu,haha

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top