Beli Makanan COD Tapi Sampai Sudah Tak Bayar, Alasan – “Akak Tengah Cuci Ayah Berak”

Kehidupan

Beli Makanan COD Tapi Sampai Sudah Tak Bayar, Alasan – “Akak Tengah Cuci Ayah Berak”

Seorang peniaga berkongsikan pengalaman ditipu pelanggan yang memberikan pelbagai alasan untuk mengelak membayar harga barangan yang dibeli.

Kongsinya, dia ada menerima tempahan dua pek popia dan sebiji kek daripada pelanggan di mana harga kedua-dua makanan itu bernilai RM121 setelah menambah lagi pesanan iaitu dua botol wangian.

Advertisement

scammer

Setibanya di rumah pelanggan itu, panggilan tidak dijawab dan orang tersebut tidak muncul-muncul untuk mengambil barang.

Alasan yang diberi; sedang mencuci najis ayahnya yang sakit.

Dik maafkan akak tengah cuci ayah buang air besar. Ayah sakit dik, dia buang air besar dalam lampin pakai buang.

Setelah itu, pelanggan itu meminta untuk menukar lokasi penghantaran dan akhrinya menyerahkan barang makanan setelah ‘disidai’ selama 40 minit.

Peniaga itu kemudian meminta pelanggan tersebut untuk membayar harga makanan melalui ‘transfer’ ke akaun bank namun tidak menerimanya setelah dipaksa berkali kali.

Facebook Facebook

Akak minta maaf tau, sebab lewat bayar. Akak sekarang belum ada duit. Akak bayar 5 November ni, akak janji akak bayar. Akak dapat gaji 5 hari bulan, akak janji dengan nama Allah.

Namun begitu, pelanggan itu dilaporkan gagal membayar harga makanan setelah seminggu dari tarikh yang dijanjikan.

Peniaga itu kemudian mengambil keputusan untuk menularkan maklumat individu itu bagi tujuan pengajaran agar tiada lagi peniaga yang tertipu di Facebook.

“Tak tahu nak cakap apa dah. Sampai rasa lantak kau la kak, nanti kau jawab dengan Tuhan. Kepada akak yang hutang saya tu, kalau ternampak gambar akak ni minta tolong bayar” tulis peniaga itu di Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Madammu rantai pearl
6 months ago

"Sakit Mata Tengok" - Madammu Geram Orang Pakai Mutiara Dengan Jeans, Marah Sampai Menggelupur Di TikTok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...