Beli Kereta Ikut Keperluan Atau Kemahuan, Bayar Kereta RM800 Sebulan Hakikatnya Mampukah Anda?

Kehidupan

Beli Kereta Ikut Keperluan Atau Kemahuan, Bayar Kereta RM800 Sebulan Hakikatnya Mampukah Anda?

Kalau bercakap tentang bayaran bulanan kereta memang setiap individu akan berbeza. Lain orang lain lah komitmen nya. Lagi-lagi untuk golongan muda sekarang pastinya pening kepala nak fikirkan antara kepentingan ataupun keperluan. Mana satu patut dahulukan dulu?

Sama ada RM500 sebulan, RM700 sebulan atau RM800 sebulan kedengarannya seperti kita mampu sahaja untuk membayarnya. Tetapi perlu diambil kira juga tempoh masa pembayaran berapa lama dan adakah ianya berbaloi?

Advertisement

Bagi mereka yang sudah pun berkeluarga pastinya akan ada komitmen yang lebih penting perlu didahulukan. Yang belum berkeluarga mungkin kesnya berlainan sedikit. Komitmen apa yang paling penting untuk keluarga selain kereta?

  1. Rumah
    2. Makanan seisi keluarga
    3. Pakaian termasuk lampin bayi
    4. Duit minyak kereta
    5. Duit belanja harian seisi keluarga

Ini semua subjektif. Ada yang rumah sewa, ada yang rumah beli. Ada yang makan banyak sebab keluarga besar, ada yang makan sikit kerana keluarga kecil. Ada yang anak dah besar tak pakai lampin dan ada yang kerja dekat atau jauh.

Selalu orang terlepas pandang duit minyak kereta. Seminggu paling kurang pun RM50. Sebulan dah RM200 lebih. Kalau campur dengan harga kereta tadi dah RM1000 hanya untuk kenderaan sahaja tak termasuk servis berkala. Satu lagi yang selalu terlupa ialah duit tol.

traffic jammed

Jadi, kalau yang bergaji RM3,000 atau RM4,000 dan ada 2, 3 orang anak, fikirlah semula. Perlu sangat ke pakai Honda, Toyota atau Mazda tu? Kita bukan fokus untuk menyimpan lagi. Kita fokus untuk kelangsungan hidup sahaja ni tau?

Jangan pelik kalau kawan kita nampak biasa, pakai kereta saga je. Tapi setiap tahun pergi melancong, duduk hotel gempak-gempak dengan family. Dia jimat RM500 sebulan berbanding kalau pakai kereta lagi mahal tu. Katakanlah dari RM500 tu dia dapat simpan RM200. 12 bulan dah RM2,400. Setakat nak duduk The Pines Melaka 3 malam pun siap ada duit lebih lagi.

via GIPHY

Kita yang pilih nak hidup sempit atau nak hidup lapang? Kereta mahal tapi bising pasal bil elektrik, bil astro. Kereta mahal tapi anak nak beli Beyblade Takara Tomy dah kena marah. Kereta mahal tapi isteri nak buat treatment, dah mengeluh tunggu dalam kereta, rugi duit minyak katanya. Nak pakai penapis air pun berkira. Memikul la air mineral set 12 botol tu naik tangga semata-mata nak jimat. Tak masuk broadband kat rumah lagi.

Percayalah, kereta ni kadang-kadang kita je perasan orang tengok, padahal orang tengok biasa je. Kawan-kawan pun puji masa hari pertama je. Esok lusa orang tak peduli dah.

Jangan peduli la apa orang nak kata. Bukan mereka pun yang bayar bil kita. Bukan orang lain yang belikan baju anak-anak kita, beli barang dapur kita. Yang penting keluarga kita bahagia. Tak hidup dalam kesempitan. Kalau tak, asyik bergaduh dan berkira pasal duit.

Pilihan di tangan anda. Setakat ini saya rasa kereta terpakai jauh lagi berbaloi. Tapi kalau mampu, silakan. Anda yang bekerja penat setiap bulan dan dapat gaji yang tinggi, anda layak untuk pakai yang lebih baik. Post ini merujuk kepada yang kurang berkemampuan tetapi nak melaram.

Ada orang yang saya kenal, kereta seratus ribu lebih, tapi mengeluh yuran PIBG anak RM50, lepas tu hutang dengan member RM300 dah 3 tahun tak bayar. Apa punya perangai.

Akhir kata, ukurlah baju di badan sendiri. Yang pergi ukur baju kat badan jiran, kawan-kawan dengan adik beradik tu buat apa?

Apa pendapat korang? Kereta penting atau kehidupan selesa lagi penting?

Sumber: Akhtar Syahmi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...